Singapura negara pertama lancar perkhidmatan teksi tanpa pemandu

Syafique Shuib
Ogos 25, 2016 11:02 MYT
Syarikat startup nuTonomy merupakan yang pertama untuk mengambil penumpang. - Gambar fail
Singapura menjadi negara pertama di dunia untuk melancarkan perkhidmatan teksi tanpa pemandu.
Walaupun sebelum ini syarikat seperti Google dan Volvo pernah menguji teknologi ini, namun sebuah syarikat startup iaitu nuTonomy merupakan yang pertama untuk mengambil penumpang.
Memetik laporan AP, perkhidmatan terhad kepada penumpang yang menerima jemputan daripada nuTonomy untuk menggunakan perkhidmatan ini.
Selain itu, perkhidmatan ini meliputi daerah perniagaan dan perumahan yang dikenali sebagai ‘one-north’ di Queenstown, Singapura.
Walaupun kenderaan itu dipandu sendiri, namun ketika ini terdapat seorang pemandu yang bersedia untuk mengambil alih kawalan kereta.
NuTonomy akan menguji perkhidmatan ini di beberapa negara Asia pada masa akan datang.
#nuTonomy #perkhidmatan teksi #startup