Sindrom PMS disebabkan perubahan hormon - Dr Shazril
Bernama
Julai 26, 2023 08:45 MYT
Julai 26, 2023 08:45 MYT
BANTING: Sindrom Pramenstruasi (PMS) berpunca daripada perubahan hormon dan ini memberi kesan kepada setiap wanita secara berbeza, kata doktor selebriti, Dr Shazril Shaharuddin.
Justeru, Dr Shazril yang juga dikenali sebagai Dr Say, berkata adalah penting bagi wanita mengetahui keadaan badan dan mengikut kemampuan badan masing-masing bagi mengimbangi kadar hormon dalam tubuh seseorang.
"Bersenam secara teratur, mengamalkan diet seimbang, mendapat rehat yang cukup dan cuba mengurangkan tekanan melalui senaman pernafasan membantu dalam menguruskan PMS dan menstruasi kerana ia mengimbangkan kadar hormon anda," katanya..
Beliau berucap pada kem sesi perkongsian #KotexRiseUp bersama bekas ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi, di Bukit Tadom, di sini, baru-baru ini.
Mengulas lebih mendalam mengenai topik stigma menstruasi, Farah Ann berkongsi bahawa beliau sangat bertuah kerana dibesarkan dalam persekitaran yang mendapatkan sokongan dengan rakan-rakan gimnas dan jurulatih bersedia berkongsi tuala wanita jika memerlukan dan sentiasa menjaga antara satu sama lain sekiranya berlaku kedatangan menstruasi.
"Malangnya ini tidak berlaku bagi kebanyakan wanita di Malaysia yang masih bergelut dengan rasa malu apabila bercakap tentang menstruasi atau meminta tuala wanita... jadi, sebab itu bercakap dalam forum seperti ini penting untuk menggalakkan wanita lain bangkit dan menamatkan stigma menstruasi," katanya.
Sementara itu, Pengurus Jenama Kotex Malaysia, Michelle Chin, berkata kem Kotexriseup direka untuk memotivasikan peserta menamatkan stigma menstruasi dan meneroka kehidupan yang penuh bermakna tanpa gangguan masalah menstruasi.
Kem tersebut itu dianjurkan bersempena dengan pengenalan rangkaian produk baharu, Kotex Total Protection Overnight, yang menjamin wanita sehingga 100 peratus tiada 'kebocoran' semasa tidur waktu malam tanpa rasa bimbang.
"Kotex Malaysia membawa sekumpulan 60 peserta wanita untuk mengatasi ketakutan dan kebimbangan, membina daya tahan dan memperoleh keyakinan dalam kem pemerkasaan dua hari sambil mempamerkan cara jenama kami memberikan tidur tanpa kebimbangan walaupun dalam persekitaran yang mencabar," katanya..
Chin berkata usaha Kotex untuk menyokong kemajuan wanita dan pandangan pengguna Malaysia adalah inspirasi untuk inovasi produk keluaran syarikat itu.
"Kami mengetahui bahawa wanita sering berasa bimbang tentang kebocoran menstruasi, terutamanya pada waktu malam dan ini boleh menjejaskan kualiti tidur mereka dan waktu mendatang, justeru, dengan inovasi ini, kami menghilangkan kebimbangan ini daripada wanita yang melalui menstruasi," katanya.
-- BERNAMA