Sibuk dengan kerjaya? Gajet pintar yang tepat mampu mudahkan urusan
Asyraf Roslan
Jun 4, 2019 16:16 MYT
Jun 4, 2019 16:16 MYT
TIDAK kiralah apa sahaja bidang kerja yang diceburi, sudah pasti ada waktunya anda merasakan diri tenggelam dalam kesibukan tugas.
Pendek kata, orang yang berkerjaya lazimnya sering berkejar dengan masa, khususnya tarikh akhir menyiapkan sesuatu amanah atau tugasan.
Kadangkala susah buat mereka untuk mengimbangi tuntutan pekerjaan dan keperluan dunia peribadi.
Rutin kerjaya wartawan penyiaran sebagai contoh, cabaran yang dihadapi dalam menjalani urusan seharian dapat dipermudahkan jika ditemani teknologi terkini, yang hadir dalambentuk gajet-gajet pintar.
Dalam usaha wartawan menyampaikan berita-berita terkini kepada masyarakat, pelbagai cara boleh digunakan untuk membantu sebaran maklumat menerusi manfaat telefon pintar.
Bukan sekadar untuk berhubung dengan sumber berita, telefon pintar yang mempunyai fungsi rakaman gambar dan video yang berkualiti amat penting.
Semuanya demi menyediakan kandungan yang bagus untuk audiens penerima maklumat, sekali gus membolehkan mereka merasai pengalaman yang berbeza semasa membaca, mendengar atau menonton berita yang disampaikan.
Untuk artikel ini, Astro AWANI mengikuti rutin kehidupan wartawan muda Nailah Huda bersama gajet kegemarannya, Huawei P30 dan Matebook 13.
Wartawan perlu sentiasa bersedia dalam apa sahaja keadaan. Kadangkala kekurangan tenaga kerja dan peralatan untuk ke lokasi tugasan membuatkan kita harus melaporkan berita dengan hanya menggunakan telefon pintar.
Selepas merakam video atau gambar, semuanya perlu disimpan di tempat yang sepatutnya.
Bagi tujuan arkib mahupun penyuntingan seterusnya, ataupun sekadar untuk dibuat salinan sokongan, tentunya kecekapan proses pemindahan data amat diinginkan.
Nailah yang menghubungkan Huawei P30 dengan Matebook 13, mampu memindahkan gambar dan video dengan menggunakan One Hop Transfer, iaitu ciri 'pemindahan satu sentuhan'.
Telefon pintar itu hanya perlu didekatkan dengan sudut khas di bawah permukaan papan kekunci Matebook 13, sebelum satu 'keajaiban' berlaku.
"Semuanya dipindahkan dengan pantas. Malah, kalau ada 500 dan gambar di dalam telefon pintar, semua itu selesai dipindahkan ke fail di Matebook 13 dalam masa seminit sahaja," ujar Nailah.
Ditanya lagi apa yang membuatkan dirinya senang dengan Matebook 13, selain bentuknya yang nipis, Nailah menyebut tentang kuasa baterinya yang dapat bertahan lebih lama, sekali gus memudahkannya untuk dibawa kemana sahaja komputer riba tersebut dan mula membuat berita.
Serius sepanjang hari, tidak mungkin tidak ada waktu untuk bergelak ketawa. Apabila hendak mengurangkan tekanan, tentulah rakan sekerja dijadikan tempat untuk bergurau senda dan menenangkan perasaan,
Apabila sudah bertemu, pastinya sesi ber'wefie' akan dilakukan bersama sebagai tanda kenangan. Ini detik yang disukai, apatah lagi kalau menggunakan fungsi Beauty Mode dalam kamera P30. Semuanya jadi cantik, tampan dan berseri!
Setelah seharian menghabiskan masa, tenaga dan fikiran untuk menyampaikan pelbagai berita buat masyarakat, bagaimana pula dengan keinginan Nailah untuk mengetahui khabar keluarga sendiri?
Melalui pelbagai cara komunikasi, Nailah tidak pernah terputus khabar dengan keluarga yang disayanginya.
Nyatakan apa saja - panggilan audio, panggilan video atau pesanan teks, semuanya membolehkan sesi perkongsian khabar dan gambar yang menyeronokan!
#Astro Awani
#berita
#Bilik berita
#gajet
#Huawei
#keluarga
#Malaysia
#Matebook 13
#p30
#produktiviti
#Ramadan
#Raya
#teknologi
#wartawan