Sheikh Muszaphar bakal timang cahaya mata ke-7, guna lagu FIFA World Cup dalam video

Pa and Ma
Disember 4, 2022 10:30 MYT
Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka sudah dikurniakan enam cahaya mata. - Foto Instagram Sheikh Muszaphar Shukor
“ALHAMDULILLAH,” itulah kata-kata yang diucapkan saat berita kehamilan disampaikan oleh Dr Halina.
Hasrat Dr Sheikh Muszaphar Shukor ingin menambah cahaya mata yang dikongsi dalam webinar 'Mama Tak Penat Susukan Anak Pa&Ma' pada tahun lepas akhirnya termakbul jua pada tahun ini.
Angkasawan pertama negara itu berkongsi berita gembira tersebut melalui sebuah video yang dikongsi di laman instagramnya.
Gelagat anak-anak yang comel mencuri tumpuan ramai. Terlihat mereka tidak sabar untuk menantikan kehadiran adik baru mereka.
Namun gelagat Emelia yang paling mencuri tumpuan kerana kelihatan seperti dia ingin menjadi anak bongsu buat selamanya.
Dr Sheikh bersyukur dan memberitahu kesemua ahli keluarga mereka sangat teruja. Dia turut berdoa agar segalanya dipermudahkan.
Di akhir video, Dr Sheikh sempat berkongsi kedudukan janin dan degupan jantung janin. Kelihatan semuanya dalam keadaan baik dan normal.
Rata-rata rakan selebriti dan warga maya tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepada keluarga ini.
Video tersebut mendapat tontonan sebanyak 32,000 selepas 1 jam dimuat naik ke akaun Instagramnya.
Dr Sheikh Muszaphar, 50 tahun, dan Dr Halina, 41 tahun, mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka sudah dikurniakan enam cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 11 tahun, Sophea Natasha, 9 tahun, dan anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, berusia 5 tahun dan si kembar Eusof dan Emelia, 2 tahun. - Pa&Ma
#anak ketujuh #Angkasawan Negara #Sheikh Muszaphar #Piala Dunia
;