Sesame Street mahu capai 1 bilion tontonan di YouTube
Astro Awani
Februari 18, 2013 08:52 MYT
Februari 18, 2013 08:52 MYT
Kurang 22 juta tontonan lagi sebelum mencapai 1 bilion tontonan di Youtube. Itu merupakan objektif Sesame Street untuk mendapatkan satu bilion tontonan.
Jika berjaya mencapai 1 bilion tontonan, Sesame Street akan dicatatkan sebagai NGO dan syarikat pendidikan kanak-kanak Amerika Syarikat yang pertama mencapai kejayaan tersebut.
Pada minggu ini, Sesame Street telah berkongsi video promosi mengajak orang ramai menonton dan berkongsi video mereka di laman media sosial.
Jika jumlah tontonan 1 bilion dicapai, sebuah video khas yang dipanggil 'Top Secret Video' akan dimuat naik ke dalam Youtube sebagai menghargai usaha dan sokongan peminat Sesame Street.
Dalam video promosi itu memperlihatkan salah satu karekter Sesame Street, Telly Monster yang meminta orang ramai membuka video rahsia itu dengan berganding bahu mencapai 1 bilion tontonan saluran Sesame Street di Youtube.