Sertai Nissan-Honda, Mitsubishi beri kata putus penghujung Jan 2025

Amanz
Disember 24, 2024 13:15 MYT
Ketiga-tiga syarikat telah menandatangani persetujuan pada Ogos 2024 untuk pembangunan kenderaan elektrik, menggabungkan kelebihan strategik masing-masing. -Amanz
LANJUTAN pengumuman oleh Nissan dan Honda, Mitsubishi Motors kini menyatakan bahawa mereka akan membuat keputusan sama ada menyertai integrasi perniagaan Nissan dan Honda menjelang akhir Januari 2025.

Ringkasan AI
  • Mitsubishi Motors akan memutuskan sama ada untuk menyertai integrasi perniagaan Nissan dan Honda menjelang akhir Januari 2025.
  • Pengumuman ini adalah lanjutan daripada rancangan Nissan dan Honda untuk membentuk syarikat induk gabungan menjelang 2026.
  • Ketiga-tiga syarikat telah menandatangani persetujuan pada Ogos 2024 untuk pembangunan kenderaan elektrik, menggabungkan kelebihan strategik masing-masing.

Perkongsian ini adalah lanjutan daripada pengumuman Nissan dan Honda mengenai penggabungan syarikat mereka, dengan sasaran untuk membentuk syarikat induk gabungan menjelang 2026.
Untuk makluman, ketiga-tiga syarikat automotif ini telah menandatangani persetujuan pada Ogos 2024 berkaitan pembangunan kenderaan elektrik, dengan tujuan menggabungkan kelebihan strategik masing-masing. -Amanz
#Honda #Nissan #Mitsubishi #gabungan syarikat
;