Seronok kerja di rumah? #DiariLockdown tanya warga media sosial
Farhana Joni
Jun 4, 2021 19:59 MYT
Jun 4, 2021 19:59 MYT
"SERONOK tak kerja di rumah?"
"Bestnya, kerja di rumah. Boleh masak, tengok televisyen dan baring-baring sambil kerja".
Itu antara soalan dan jawapan yang sering diterima oleh mereka yang perlu bekerja dari rumah (BDR).
Adakah ia tepat dengan situasi sebenar dialami kebanyakan pekerja yang BDR? Apakah hakikat sebenarnya? Kita ikuti komen-komen daripada beberapa pengguna media sosial dalam #DiariLockdown hari ini.
Jelas @mostlymonologue, tempoh waktu bekerja lebih panjang di rumah, berbanding di pejabat.
@ayah_hannah84 juga meluahkan situasi yang sama apabila terpaksa berdepan dengan kerja di luar waktu pejabat.
Begitu juga dengan iQy dan beberapa pengguna YouTube yang memberitahu tempoh bekerja di rumah tidak teratur malah ada yang menyiapkan tugas diamanahkan majikan hingga 18 jam.
Bagi Reizat Eizat pula, cabaran utama bekerja di rumah adalah dia menjadi tidak produktif.
Bahkan ada juga yang menyatakan bekerja di rumah membuatkan kehidupannya huru-hara.
Bagaimanapun, majoriti pengguna media sosial menzahirkan kekecewaan yang tinggi terhadap kekangan liputan Internet yang gagal mencapai tahap maksimum di rumah.
#BDR
#Bekerja Dari Rumah
#WFH
#Capaian internet
#Kekal produktif
#mengantuk
#Bekerja luar waktu pejabat
#tugasan
#majikan
#PKP
#COVID-19