Serangga pembuka selera di London

AFP RELAXNEWS
Mac 29, 2013 14:00 MYT
Satu majlis akan berlangsung di London pada bulan depan dan pelayannya hanya akan dipanggil jika pelanggan tidak menjumpai serangga dalam sup mereka.
Ini kerana setiap pelanggan perlu membayar £50 atau $75 bagi memastikan serangga diletakkan dalam hidangan sebagai pembuka selera yang mengandungi kaki, kepak dan mata di Festival Pestival.
Dihoskan oleh chef dari Makmal Pemakanan Nordic, hidangan tersebut adalah satu inisiatif saintis PBB yang telah dicadangkan sejak beberapa tahun yang lalu. Hidangan bercitarasa barat, enak dan sihat itu turut mengandungi protein daging alternatif yang sekaligus membantu dalam memenuhi permintaan makanan dunia.
Restoran Norma di Copenhagen mendahului senarai 50 restoran terbaik seluruh dunia untuk tiga tahun berturut-turut menurut petikan sebuah majalah restoran terkemuka.
"Kami ingin menonjolkan kepelbagaian rasa dengan menampilkan serangga sebagai bahan yang menyelerakan di dapur Nordic dan lain-lain."
'Serangga sebagai makanan ringan'
Sementara pengamalan memakan serangga (entomophagy) mungkin bukan menjadi kegemaran mereka di barat dengan menampilkan pelbagai spesies kumbang, semut, lebah, belalang dan cengkerik yang dimakan di 29 buah negara seluruh Asia, 23 buah negara di Amerika dan 36 buah negara di Afrika.
Di Thailand sahaja, 200 spesies serangga berbeza digunakan dan dijual di jalanan sebagai makanan ringan di seluruh negara.
Menurut Organisasi Pertanian dan Pemakanan PBB, sesetengah serangga mengandungi dua protein mentah daging dan ikan sementara yang lain di peringkat larva kaya dengan lemak, vitamin dan mineral.
Majlis makan malam Makmal Pemakanan Nordic bukan pertama kali menghidangkan serangga sebagai tema bahan makanan.
Chef Alex Atala dari Brazil menghidangkan serangga di Restoran Sao Paulo yang pernah memenangi anugerah dengan menghidangkan semut Amazon di atas nanas.
Atlas memberitahu rasa semut seperti halia dan serai.
Exploring the Deliciousness of Insects (Terokai Kelazatan Serangga) akan berlangsung pada 30 April dan 1 Mei ini jam 7.30 malam.
Untuk lebih info, lawati http://bit.ly/ZFBqDK.
#Copenhagen #London #pembuka selera #Restoran Norma #serangga
;