Sentiasa lapar? Tambah minyak zaitun dalam makanan anda
AFP RELAXNEWS
Mac 17, 2013 11:18 MYT
Mac 17, 2013 11:18 MYT
Minyak zaitun sudah terkenal kerana bagus untuk jantung dan menjadi sebahagian dari diet di Mediterranean.
Namun menurut satu kajian yang baru sahaja dilakukan, ia mungkin mempunyai manfaat yang tidak diketahui sebelum ini. Tidak seperti produk makanan yang rendah lemak dan lemak semula jadi yang lain, minyak zaitun dapat membantu untuk mengawal sensasi rasa kenyang selepas makan, yang boleh membantu untuk mengelak dari ingin mengambil snek diantara waktu makan.
Penyelidik dari Technische Universität München (TUM) dan Universiti Vienna membuat kajian diantara empat lemak yang boleh dimakan dan minyak: lard, lemak mentega, minyak rapeseed dan minyak zaitun.
Sepanjang tempoh tiga bulan, peserta kajian diberi 500 gram yogurt rendah lemak yang ditambah dengan salah satu daripada empat lemak atau minyak setiap hari - sebagai makanan tambahan kepada diet biasa mereka.
"Minyak zaitun mempunyai kesan kenyang terbesar," kata Ketua Penyelidik Peter Schieberle daripada TUM.
"Kumpulan minyak zaitun menunjukkan kandungan hormon serotonin. Bercakap secara subjektif, peserta-peserta juga melaporkan bahawa mereka mendapati yogurt minyak zaitun membuat mereka rasa kenyang."
Sepanjang tempoh kajian itu, tiada anggota kumpulan ini mencatatkan peningkatan dalam peratusan lemak badan atau berat.
Penemuan dalam kajian juga menunjukkan bahawa aroma minyak zaitun memainkan peranan dalam keupayaan untuk membuat seseorang berasa kenyang. Para penyelidik menggunakan minyak zaitun dari Sepanyol, Greece, Itali dan Australia untuk kajian mereka dan mendapati bahawa minyak Itali mengandungi kompaun Hexanal dan E2-Hexanal yang terbesar.
"Penemuan kami menunjukkan bahawa aroma mampu mengawal kekenyangan.
"Kami berharap bahawa kerja ini akan membuka jalan bagi pembangunan produk yang rendah lemak namun boleh membuat seseorang itu merasa kenyang," tambah Schieberle.