Senaman tanpa pemberat yang ideal ketika berpuasa

Astro Awani
Jun 9, 2016 00:05 MYT
Aimi Haziq menunjukkan beberapa contoh latihan senaman yang sesuai diamalkan sepanjang bulan Ramadan. - Foto Astro AWANI
JANGAN sesekali beranggapan bahawa sebarang bentuk aktiviti fizikal perlu direhatkan sepenuhnya sepanjang bulan Ramadan.
Jangan pula menyangka bahawa tahap kecergasan hanya boleh dicapai sekiranya menjalankan rutin senaman dan rekreasi yang berintensiti tinggi.
Sebenarnya, mereka yang berpuasa boleh melakukan beberapa jenis senaman ringan yang membantu kelancaran sistem jantung, peredaran darah, sistem otot dan tulang, serta menyokong kelancaran sistem badan yang lain.
Tentu sekali, senaman ringan semasa berpuasa boleh meningkatkan fungsi sistem-sistem tersebut.
Sebagai permulaan, Astro AWANI menyediakan beberapa contoh senaman yang tidak perlu menggunakan pemberat, dengan tunjuk ajar jurulatih kecergasan Aimi Haziq.
Senaman ringkas ini bagus untuk melatih kekuatan otot utama anggota tubuh selain membentuk laras tubuh yang mantap.
Anda digalakkan melakukan senaman ini selama sejam atau 45 minit sebelum berbuka bagi mengelakkan anda terlalu penat atau dehidrasi.
#membentuk otot #rutin senaman #Senaman ketika puasa #senaman ringan
;