Sembilan warna air kencing untuk ketahui tahap kesihatan anda
Agensi
Mac 13, 2018 15:57 MYT
Mac 13, 2018 15:57 MYT
SEORANG pengamal perubatan Klinik Kesihatan Bupa, London telah mendedahkan warna air kencing seseorang dapat menentukan tahap kesihatan tubuh badan mereka.
Menurut Dr Luke Powles, warna air kencing yang menunjukkan paras hidrasi manusia adalah warna kuning gelap dan ia juga menandakan seseorang itu memerlukan lebih banyak air dalam badan.
“Air kencing berwarna merah dan hijau mungkin menjadi tanda masalah kesihatan yang lebih serius,” tambahnya.
Dr Powles menekankan bahawa badan manusia memerlukan antara 1.5 dan dua liter air setiap hari, serta harus mengelakkan minuman manis seperti soda dan alkohol.
Selain itu, senarai berikut mendedahkan tahap kesihatan badan manusia berdasarkan warna air kencing yang mungkin selama ini tidak anda ketahui.