Semangat guru SMK Pinang Tunggal dapat pujian ramai
Ian Johan Ariff
Ogos 4, 2015 21:20 MYT
Ogos 4, 2015 21:20 MYT
Baru-baru ini pasukan sebutan korus SMK Pinang Tunggal di daerah Kuala Muda menjadi perbualan ramai di media sosial.
Selepas pembimbingnya menulis sebuah kolum di laman web Malaysian Insider, kejayaan sekolah itu bersaing dan menewaskan sekolah ternama lain terus trending.
Menurut kolum yang ditulis guru sekolah itu, Cheryl Ann Fernando, beliau terkejut sekolahnya mampu menewaskan 20 sekolah lain dalam pertandingan itu.
Cheryl tidak sangka sekolahnya yang agak terpencil dan tidak begitu terdedah dengan sebutan korus mampu mendapat tempat kelima.
Media sosial memuji semangat yang ditunjukkan Cheryl di saat anak muridnya mula mengalah.
Sebutan korus ataupun choral sepaking merupakan kumpulan yang membuat persembahan puisi atau prosa dengan gabungan nada dan gaya yang berbeza.
Berikut persembahan sebutan korus SMK Pinang Tunggal.