'Selfie jambang' penghargaan rakyat Malaysia buat Thanabalan

Madiha Abdullah
Ogos 27, 2017 18:53 MYT
Imej berjambang boleh dikatakan 'signature' dan identiti untuk penyerang berusia 22 tahun itu.
KALAU ditanya nama individu paling popular di Malaysia ketika ini, jawapannya tentu sekali penyerang Harimau Muda, N. Thanabalan.
Hanya dengan satu gol dalam perlawanan separuh akhir menentang Indonesia semalam, Thanabalan mampu menggembirakan lebih 30 juta penduduk Malaysia.
Watak penting yang dimainkan pemain yang berasal dari Negeri Sembilan itu dalam saingan bola sepak Sukan SEA edisi kali ini, benar-benar diakui ramai.
Gara-gara gol emas yang dijaringkan ketika perlawanan menghampiri waktu kecederaan itu, nama Thanabalan semakin menjadi perhatian.
Di laman sosial, bukan sahaja pujian, malah netizen ada cara tersendiri untuk meluahkan rasa terima kasih kepadanya.
Paling menarik perhatian adalah 'selfie jambang' oleh netizen.
Pengguna laman sosial memuat naik gambar selfie dengan memakai jambang palsu, atau gambar yang disunting sendiri, dengan hashtag #thanabalan.
Pengguna laman sosial memuat naik gambar selfie dengan memakai jambang palsu, dengan hashtag #thanabalan.
Imej sedemikian boleh dikatakan signature dan identiti untuk penyerang berusia 22 tahun itu.
Biarpun agak menggelikan hati, namun ia sedikit sebanyak memeriahkan lagi suasana Sukan SEA kali ini, dan tentunya akan menjadi satu bentuk penghargaan yang akan dikenang si empunya badan sepanjang hayat.
#bola sepak #final #N Thanabalan #Sukan SEA
;