Selepas AS, Jepun pula tuduh Google lakukan amalan antipersaingan
Amanz
Disember 24, 2024 11:40 MYT
Disember 24, 2024 11:40 MYT
SELEPAS dituduh sebagai monopoli di Amerika Syarikat, Google kini menghadapi tuduhan perniagaan antipersaingan oleh Suruhanjaya Perdagangan Adil Jepun (JFTC).
Ringkasan AI
- Google dituduh melakukan perniagaan antipersaingan oleh Suruhanjaya Perdagangan Adil Jepun (JFTC).
- Google didapati membayar syarikat untuk menggunakan enjin carian Google Search dan memaksa pengeluar peranti menyertakan Chrome bersama Play Store.
- Amalan ini melanggar undang-undang antipersaingan Jepun, dan siasatan dilakukan selepas Google didapati monopoli di Amerika Syarikat.
Antara tuduhan tersebut adalah Google membayar syarikat untuk menggunakan enjin carian Google Search melalui pelayar Chrome.
Selain itu, Google juga didakwa memaksa pengeluar peranti untuk menyertakan Chrome bersama dengan Play Store.
Amalan ini melanggar undang-undang antipersaingan Jepun yang melarang tindakan seperti ini.
Siasatan oleh JFTC bermula sejurus selepas Google didapati sebagai monopoli di Amerika Syarikat.
Tahun ini, beberapa syarikat teknologi utama dunia telah didenda berbilion dolar kerana amalan perniagaan yang tidak menggalakkan persaingan daripada syarikat lain. -Amanz