Selepas DJ, Khairy jadi model pula

Sinar Harian
Mac 14, 2024 08:30 MYT
Selepas menjadi penyampai radio di syarikat radio tempatan, HotFM, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai KJ kini menjadi model untuk sebuah produk minuman tempatan.
SHAH ALAM : Selepas menjadi penyampai radio di syarikat radio tempatan, HotFM, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai KJ kini menjadi model untuk sebuah produk minuman tempatan.
Malah bekas Menteri Kesihatan itu juga dilihat menjadi model baju Melayu untuk sebuah syarikat pengeluar pakaian raya terkemuka sehingga menarik perhatian ramai netizen di media sosial.
Bukan itu sahaja, sebelum ini, tular sebuah video yang dikongsikan di laman Instagram milik Khairy sendiri, yang mana menyaksikan beliau melakonkan watak sebagai penghantar makanan dalam mempromosikan iklan perniagaan restoran.
Umum mengetahui selain menjadi penyampai radio di HotFM, bekas Ketua Pemuda UMNO itu juga turut terlibat mengendalikan segmen podcast bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.
Khairy sebelum ini berkhidmat selama tiga penggal sebagai Ahli Parlimen Rembau sebelum tewas kepada R Ramanan dari Pakatan Harapan (PH) dalam persaingan merebut kerusi Parlimen Sungai Buluh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
Selain menerajui Kementerian Kesihatan, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Sains, teknologi dan Inovasi serta Menteri Belia dan Sukan. - Sinar Harian
#Khairy Jamaluddin #KJ jadi model #deejay radio #model baju Melayu
;