Sekumpulan 'pengantin' Rusia tunjuk 'skill' main bola sepak
Agensi
Julai 1, 2018 15:16 MYT
Julai 1, 2018 15:16 MYT
Mengambil semangat Piala Dunia FIFA 2018, wanita-wanita Rusia ada cara tersendiri menyatakan sokongan mereka kepada acara terbesar dunia itu.
Bermain bola sepak dengan berpakaian gaun pengantin lengkap, sekumpulan wanita mencuri perhatian ramai apabila menyertai perlawanan persahabatan pada Sabtu di bandar tuan rumah Piala Dunia, Kazan.
Mereka dilihat bersahaja apabila tangkas menyepak bola dengan gaun putih meleret penjang dan berkasut bola.
Dipecahkan kepada lima orang satu kumpulan, pengantin-pengantin itu berlawan dalam perlawanan 15 minit di hadapan orang ramai.
Pasukan yang menang dianugerahkan replika trofi Piala Dunia, yang terbuat dari bunga.
Pertandingan luar biasa ini menjadi acara tarikan sebelum perlawanan peringkat kalah mati di peringkat pertama Piala Dunia bermula, di mana Perancis mengalahkan Argentina 4-3 di Kazan.
Rusia menganjurkan Piala Dunia FIFA untuk pertama kalinya dan perlawanan dijadualkan berlangsung di 11 bandar.