Sejarah dan fakta coklat yang mungkin anda tidak tahu
Raja Hisyam Raja Zaid
Mei 20, 2020 13:42 MYT
Mei 20, 2020 13:42 MYT
ANDA adalah penggemar coklat?
Mungkin banyak lagi sejarah mengenai coklat yang anda belum ketahui.
Tidak mengapa, kami bantu anda mengetahui beberapa fakta menarik tentang coklat yang mungkin anda tidak ketahui.
Sungai coklat itu sememangnya wujud
Sungai coklat terkenal di dalam filem Hollywood Willy Wonka & the Chocolate Factory yang membuatkan watak utama Augustus Gloop hampir lemas itu diperbuat daripada 15,000 gelen air dicampur dengan coklat dan krim.
Dengan hampir kesemuanya diperbuat daripada krim, sungai buatan tersebut rosak dengan cepat dan pelakon mendedahkan ia meninggalkan bau yang amat 'tengik'.
Cokelat terbesar yang pernah tercipta
Untuk meraikan ulang tahun ke-100, sebuah syarikat membuat coklat antarabangsa, Thorntons telah membuat bar coklat terbesar di dunia dengan memecah rekod dunia iaitu seberat 5,792.5kg.
Coklat pernah menjadi matawang
Pada zaman Mayan (800 sebelum Masihi hingga tahun 250 selepas Masihi) biji koko digunakan sebagai mata wang kerana ia telah dianggap sebagai lebih bernilai daripada debu emas. Penanaman biji koko adalah terhad supaya nilai biji koko sebagai wang tidak akan susut.
Masyarakat Eropah paling gemar makan coklat
Menurut Pertubuhan Koko Antarabangsa, negara-negara Eropah menyumbang kepada hampir separuh pengambilan coklat di dunia.
Itu dia sedikit fakta, kini sambil-sambil makan coklat anda bolehlah sedikit sebanyak mengetahui perkembangan dan sejarah berkaitan dengan coklat yang pernah berlaku di seluruh dunia.