#ScaredNotScared sertai kempen derma darah #KitaSama

Ian Johan Ariff
Ogos 13, 2015 20:58 MYT
#ScaredNotScared sertai kempen derma darah #KitaSama
Sempena sambutan 31 Ogos, Astro menerusi kempen kemerdekaan 'Negaraku 2015' akan mengadakan Kempen Derma Darah KitaSama di tujuh lokasi terpilih di seluruh negara.
Bagaimana anda boleh menunjukkan komitmen anda terhadap Kempen Derma Darah KitaSama di media sosial?
Langkah pertama, anda perlu ke laman www.astro.com.my/negaraku dan klik pada butang 'start now'.
Seterusnya, klik 'connect' untuk membawa anda ke laman Facebook bagi menyertai pergerakan ini, dengan menukar gambar profil anda kepada lencana #ScaredNotScared bermula 13 Ogos hingga 31 Ogos 2015.
Langkah ketiga, pilih gambar untuk profil anda dan klik butang 'next'.
Jika anda berpuas hati dengan reka letak lencana #ScaredNotScared klik butang 'Post to Facebook'.
Kemudian, anda juga boleh tag kawan anda untuk mengajak mereka turut serta dalam kempen ini sebelum mengemas kini gambar tersebut di Facebook.
Kempen Derma Darah #KitaSama bermula 14 Ogos di Johor Bahru dan berakhir di Kuching pada 16 September.
Berikut tujuh lokasi utama bagi Kempen Derma Darah KitaSama:
KSL City Mall, Johor Bahru (14 &15 Ogos)
Berjaya Mall, Kuantan (22 & 23 Ogos)
Ipoh Parade, Ipoh (29 & 30 Ogos)
Cheras Leisure Mall, Lembah Klang (5 & 6 September)
Penang Times Square, Georgetown (12 &13 September)
Oceanus Water Front Mall, Kota Kinabalu (12 &13 September)
Plaza Merdeka, Kuching (16 September)
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari www.astro.com.my/negaraku.
##KitaSama #derma darah
;