'Saya Gemuk' bertukar kepada 'Saya Tua'

AFP RELAXNEWS
Februari 27, 2013 18:27 MYT
Satu kajian baru mendapati bahawa semakin meningkat umur seorang wanita, dia lebih tidak selesa terhadap diri sendiri.
Sebaliknya, wanita yang melalui penuaan sering menggantikan pemikiran negatif tentang paha besar atau perut buncit dengan kebimbangan kelihatan tua dan wajah berkedut.
Di kalangan semua lingkungan umur, sebanyak 81% wanita dilaporkan sekurang-kurangnya akan sekali membuat komen berkaitan kelihatan atau menjadi gemuk, dengan 33% sampel mengaitkan diri mereka dalam fesyen ini dengan kerap.
Selain itu, 66% wanita pula berkata mereka sering bercakap tentang kelihatan tua, manakala 15% mengatakan mereka tidak secara kerap, lapor LiveScience.
Apabila wanita mencapai zaman 60an, mereka kurang bercakap tentang kelihatan gemuk tetapi kebimbangan penuaan menjejas sampel termudah dalam kumpulan kajian ini.
#berusia #gemuk #penuaan #tua #wanita
;