Satu untuk semua, Panggung Pantai 'port' baharu lepak berilmiah

Khairunnisa Kasnoon
Julai 19, 2018 06:10 MYT
Panggung Pantai ambil inisiatif galak anak muda terap budaya membaca, berpuisi dan berkarya - Foto Twitter PanggungPantai
SATU untuk semua, Panggung Pantai merupakan platform terbaharu untuk semua golongan dalam usaha menggerakkan budaya membaca dan mengenali seni masyarakat di Terengganu.
Bertempat di Uptown Kontena, Pantai Tok Jembal Terengganu, Panggung Pantai menyediakan ruang untuk tiga bahagian iaitu Panggung Budaya, Panggung Visual dan Panggung Buku.
Panggung Buku menyediakan perpustakaan untuk orang awam dengan bahan bacaan secara percuma.
Manakala Panggung Visual akan menayangkan filem pendek atau filem-filem indie dan mengadakan sesi diskusi secara terbuka mengenai filem yang ditayangkan.
Sementara Panggung Budaya pula menyediakan pentas untuk sebarang persembahan seni budaya masyarakat dan menjemput orang awam untuk hadir ke persembahan tersebut sebagai platform perkongsian dan pengenalan menikmati seni.

Kemudian acara diteruskan dengan bacaan sajak oleh 3 penyajak dar kumpulan @AnjungKreatif ! pic.twitter.com/lCKwwLqU6E

— Panggung Pantai (@PanggungPantai) July 16, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lebih santai dan mesra pengguna, Panggung Pantai mahu setiap sudut dan ruang yang disediakan dapat dimanfaatkan pengunjung dengan sewajarnya.
Bagi tujuan tersebut, Panggung Pantai menganjurkan Pesta Buku pada Ahad lalu, bertemakan Buku Untuk Semua, sebagai salam perkenalan kepada penduduk di sekitar Terengganu.
“Objektif penganjuran pesta ini adalah untuk memperkenalkan Panggung Pantai kepada komuniti di Terengganu dan bertujuan mengumpul dana bagi projek Panggung Pantai untuk acara buku, filem, seni dan budaya di Terengganu,” kata Pengasas Panggung Pantai, Fazrul Azril.
Anak muda berusia 25 tahun ini berkata, kesemua buku tersebut dikumpul hasil sumbangan orang ramai yang kemudiannya diletakkan di Panggung Buku untuk tatapan pengunjung.
Selain daripada buku-buku percuma yang boleh dibaca, pesta buku itu turut dimeriahkan dengan penampilan khas daripada Lepat atau nama sebenarnya Ismail Arifin seorang pelukis dan penulis yang berkongsi cerita serta pengalaman beliau menerusi jelajah bukunya.
Meskipun ini yang pertama, namun ia amat membanggakan.
“Kami cuma mempunyai lima sukarelawan yang bersama-sama dalam menyiapkan semua yang kami cuba buat.
"Alhamdulillah dengan bantuan rakan-rakan dari @UptownKontena dan Mandalika, kami berjaya menyusun dan menganjurkan acara pertama kami,” ujarnya lagi.

Semalam merupakan debut projek event kami. Kami mengumpul buku hasil sumbangan orang ramai setelah sekian lama kemudian kami kumpulkan di satu tempat di Uptown Kontena. Projek ini merupakan salah satu projek di bawah nama Panggung Buku. pic.twitter.com/q4c4HjoDTj

— Panggung Pantai (@PanggungPantai) July 16, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kami cuma mempunyai 5 orang volunter yang bersama sama dalam menyiapkan semua yang kami cuba buat. Alhamdulillah dengan bantuan rakan rakan dari @UptownKontena dan Mandalika kami berjaya dalam menyusun dan menganjurkan acara pertama kami di Pantai Tok Jembal Kuala Terengganu. pic.twitter.com/BrD4UehVTd

— Panggung Pantai (@PanggungPantai) July 16, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau berharap, inisiatif ini dapat membantu masyarakat khusunya penduduk di sekitar Terengganu dalam memperjuangkan budaya membaca dan seni tanah air.
#budaya membaca #Buku #Fazrul Azril #filem #filem indie #Kuala Terengganu #Lepat #Panggung Pantai #Pantai Tok Jembal #pentas #penulis #perpustakaan #Seni #terengganu #Uptown Kontena
;