Sangat mudah dan cepat, jom buat popia 2 bahan

Rasa
Oktober 10, 2021 11:42 MYT
Tip untuk tidak bagi popia meletup ketika digoreng; gunakan api yang perlahan sahaja tetapi minyak biar panas betul. - Foto Rasa
APABILA datang waktu untuk mengudap itu, mesti kita tercari-cari makanan kudapan yang sedap dan mudah. Kalau nak yang cepat untuk dibuat, boleh cuba resipi ini.
Resipi popia yang hanya menggunakan dua bahan saja ini, dikongsi Mell Abdul Rahman. Jom kita buat!
BAHAN-BAHAN:
Kulit popia
Jejari ketam (crab stick)
CARA-CARA:
1. Bentang kulit popia (dalam posisi bucu menghadap kita). Letakkan jejari ketam atas kulit popia di bahagian bucu tersebut. Gulung sama seperti popia biasa.
2. Popia yang sudah digulung kemas, letak di dalam dulang. Ketepikan.
3. Panaskan minyak. Goreng popia ketam sehingga kuning. Susun cantik-cantik dalam kuali supaya semuanya terkena minyak dengan sempurna.
4. Sudah siap goreng, boleh dihidang bersama semangkuk kecil sos cili Thai.
*Tip untuk tidak bagi popia meletup ketika digoreng; gunakan api yang perlahan sahaja tetapi minyak biar panas betul. Isi ketam jangan tunggu sampai defrost. Masa dia masih beku, balut terus.
Kredit resipi: Mell Abdul Rahman
* Artikel asal disiarkan di Rasa.

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
#popia #jejari ketam #makan petang #goreng
;