Sambutan hangat Apple Music, ciri 'For You' paling menarik
Syafique Shuib
Julai 1, 2015 20:05 MYT
Julai 1, 2015 20:05 MYT
APPLE Inc. bakal menjadi pesaing Spotify dengan pelancaran perkhidmatan ‘music streaming’ Apple Music.
Ketika ini ia merupakan perkhidmatan percuma bagi tempoh percubaan tiga bulan, sebelum ia akan caj pengguna US$9.99 (RM37.43) sebulan.
Antara ciri utama Apple Music adalah ‘Connect’, 'Radio' dan 'New'.
Namun ciri yang paling menarik adalah ‘For You’ dimana ia akan memainkan lagu berdasarkan genre dan lagu kegemaran pengguna. Ia juga berdasarkan lagu yang terdapat di akaun iTunes pengguna.
Ciri ini mendapat pujian ramai pengguna Apple Music yang berkata pilihan lagu tepat dengan citarasa pengguna.
Namun, ada juga pengguna berkata pilihan ‘For You’ tidak menepati citarasa mereka:
Minggu lepas, Apple Music menjadi perbualan hangat apabila Taylor Swift kritik perkhidmatan Apple itu yang pada mulanya enggan membayar duit royalti kepada para muzik ketika tempoh percubaan tiga bulan.
Susulan kenyataan yang dimuat naik di Tumblr, Apple bertindak untuk mengubah polisi mereka.
Taylor kemudian memberikan hak untuk album terbaharunya ‘1989’ untuk dimasukkan ke dalam Apple Music.