KUALA LUMPUR:Kemunculan banyak platform yang hampir serupa tidak menggoyahkan kedudukan Go Shop sebagai peneraju platform jual beli paling unggul di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Go Shop, Grace Lee berkata, Go Shop sentiasa meletakkan aspek kebolehpercayaan (reliability) di tempat teratas, di samping menambah baik aspek kandungan dan keterlibatan pelanggan.
"Sebagai sebuah platform content-entertainment, kami sangat menekankan aspek kandungan kerana ia merupakan kunci bagi memastikan pelanggan tidak akan beralih arah.
"Kami akan sentiasa bereksperimen dengan format baharu berkaitan isi kandungan dan memperbanyakkan branded content kerana ia sebahagian daripada cara untuk memastikan kandungan berkualiti.
"Dalam masa yang sama, kerana Go Shop juga mempunyai pengikut yang ramai dalam kalangan remaja dan belia, kami juga sentiasa mencari cara untuk menambahbaik kandungan media digital bagi menarik perhatian mereka," kata Lee pada sesi sidang media maya sempena ulang tahun keenam Go Shop, pada Sabtu.
Dengan asas yang kukuh untuk perjalanan transformasi digital, Go Shop dapat mengikut rentak perubahan dengan memperluaskan produk kesihatan dan kesejahteraan, serta menawarkan makan segar dan beku semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Go Shop menunjukkan perkembangan dan kami telah mencapai peningkatan pendapatan sebanyak 38% berbanding tempoh masa yang sama tahun lalu.
"Tambahan pula, kami juga telah meningkatkan bilangan pelanggan kami sebanyak 31% sejak tahun lalu kepada 2.6 juta pelanggan," tambah Lee.
Kempen ‘Go Shop 6th Anniversary’ akan menampilkan pelbagai tawaran dan diskaun menarik dari 31 Oktober hingga 13 Disember 2020. Pelanggan boleh menikmati Tawaran Mingguan Eksklusif, Potongan Harga sehingga 60% dan Produk di bawah RM60.
Di samping itu, Go Shop memberikan kupon bernilai RM600,000 di mana pelanggan dapat menikmati potongan RM20 dengan pembelian minimum sebanyak RM300, dengan kod promosi: ANNIVERSARY20.
Di aplikasi mudah alih Go Shop, pelanggan dapat mengambil bahagian dalam permainan mudah ‘Tap & Win’ untuk memenangi hadiah bernilai RM60,000 di mana dari 1 November – 12 Disember, 166 pemain terbaik setiap minggu akan memenangi hadiah.
Madiha Abdullah
Mon Nov 02 2020
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Go Shop Grace Lee, Go Shop mempunyai pengikut yang ramai dalam kalangan remaja dan belia. - Astro AWANI
NASA lakar sejarah terbang paling hampir kepada matahari
Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah pada Selasa apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari.
Presiden AS Biden tandatangani 50 RUU malam Krismas
Antara undang-undang baharu itu ialah Akta Hentikan Penyalahgunaan Institusi Kanak-Kanak yang diperjuangkan oleh selebriti Paris Hilton.
Enam disenarai individu dikehendaki polis Hong Kong
Enam individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis Hong Kong kerana disyaki melanggar undang-undang keselamatan negara itu.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin menerusi Op Nyah II di Kampung Barol Pial di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Sebanyak 25 bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga plaza tol di negeri itu, pada Selasa.
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Siasatan mengenai nahas pesawat di Kazakhstan sedang dijalankan dan pada masa ini masih terlalu awal mengklasifikasikan kes tersebut.
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada rabu mengesahkan kesemua 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahas kapal terbang Embraer 190, sedang dirawat di hospital berhampiran.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Azerbaijan Airlines terhempas, Vladimir Putin ucap takziah
Menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, pihaknya sangat bersimpati dengan mereka yang terkesan serta mendoakan pemulihan segera kepada semua mangsa yang terselamat.
Go Shop henti operasi 11 Okt ini, sebahagian strategi penjajaran semula Astro
Keputusan strategik itu dilakukan selepas melihat kepada landskap ekonomi mencabar, perubahan tingkah laku pengguna secara keseluruhan.
'Beli Ikhlas Dari Hati' tawaran istimewa Go Shop sempena Ramadan
Pelbagai diskaun menarik di Go Shop, termasuk penghantaran percuma!
Go Shop tawar pelbagai promosi, acara hebat sempena ulang tahun ke-8
Sempena ulang tahun ke-8, Go Shop akan memberikan pelbagai ganjaran dan tawaran menarik khas buat pelanggan setia mereka.
Lebih banyak belanja, lebih banyak jimat dengan kempen 'Macam-macam Ada' Astro Go Shop
Astro Go Shop kini menawarkan pakej pelancongan tempatan bawah RM80.
Go Shop tawar hadiah percuma bernilai RM3.5 juta sempena ulang tahun ke-7
Program istimewa yang berlangsung selama dua hari itu sebagai tanda terima kasih kepada pelanggan mereka atas sokongan dan kepercayaan.
Go Shop tawar pelbagai tawaran menarik sempena bulan kemerdekaan
Menerusi kempen 'Kita Sayang Malaysia, ganjaran berganda bakal diberikan sehingga 31 Ogos ini.
Go Shop jenama semula CH111 kepada BAARU, sasar lebih ramai golongan milenial
Go Shop BAARU akan menampilkan variasi produk baharu, lebih kontemporari dan menarik, istimewa untuk pekerja profesional dan keluarga masing-masing.
Berbelanja dari rumah, Go Shop tawar diskaun sehingga 60 peratus
Kempen Jualan Pertengahan Tahun Go Shop menawarkan potongan sehingga 60 peratus.
Go Shop tawar penghantaran percuma dan diskaun sempena Kaamatan, Gawai
Platform membeli-belah gaya hidup dan e-dagang, Go Shop menawarkan perkhidmatan penghantaran secara percuma dan diskaun sehingga 50 peratus bersempena sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.
'10 Mil Syoking', kempen raikan kejayaan penjualan 10 juta produk Go Shop
Menerusinya pelbagai tawaran menarik dilakukan dengan melibatkan selebriti terkemuka tanah air selain diskaun lebih 50 peratus.