Safiey Ilias nafi mahu beri beg tangan berjenama secara percuma

Madiha Abdullah
April 26, 2016 17:20 MYT
Status yang kononnya dimuat naik Safiey itu sudah dikongsi lebih 100,000 pengguna.Foto/Facebook
PELOPOR dan pemilik kosmetik Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Vida pernah menjadi mangsa.
Kini, 'wabak' akaun palsu yang menawarkan pemberian beg tangan berjenama berjangkit pula kepada Safiey Ilias.
Safiey yang menjadi perhatian selepas penghijrahannya daripada dunia mak nyah untuk menjalani kehidupan normal sebagai seorang lelaki, dikatakan ingin memberikan beg-beg tangan berjenama yang dimiliki kepada orang ramai melalui satu akaun Facebook.
Syaratnya? Klik butang 'like' di akaun tersebut dan kongsikan status berkenaan.
Kerana itu, status berkenaan kini dikongsi lebih 120,000 pengguna Facebook.
Namun Safiey, melalui akaun Facebook peribadinya menafikan status itu dimuat naiknya.
Akaun Facebook tersebut juga bukan miliknya, kata Safiey.
Safiey juga menjelaskan buat masa ini, dia hanya memiliki satu akaun Facebook peribadi.
Dia juga tidak bertanggungjawab atas sebarang penipuan yang menggunakan namanya.
#beg tangan mewah #Facebook #mak nyah #safiey ilias #viral
;