Rumah macam taska, ramainya nak belajar puasa dengan Ozlynn!
Pa and Ma
April 18, 2022 09:30 MYT
April 18, 2022 09:30 MYT
MELIHAT didikan yang sering dikongsikan pasangan selebriti Ozlynn Wati dan Johan buat kesemua anak-anak mereka, pujian seharusnya diberikan.
Mana tidaknya, bukan hanya berpuasa bahkan kesemua anak-anak pasangan ini sudah diajar mengerjakan solat sejak mereka kecil malah berjemaah setiap subuh menjadi kewajipan bagi keluarga ini. Hebat!
Menerusi Instagramnya, Ozlynn turut berkongsi bukan hanya kelima-lima anak mereka bahkan puasa kali ini turut sama disertai beberapa orang anak kecil lain yang mahu turut sama belajar berpuasa.
“Maka bermulalah kehidupanku dengan taska. Makin ramai la bebudak kat umah bila tau aku ada.
“Mak-mak, bapak, ibu-ibu semua yang ada anak kecik di sini, jangan lupa baju anak kamu yahhhhhh!!
“Jujur cakap semua budak-budak dalam gambar di atas dah pernah kena marah, pekik, libas… tapi tetap nak tidur sini jugak. Tetap tak serik,” tulis Ozlynn berkongsi.
Bahkan kata Ozlynn lagi, kesemua mereka juga didik sama seperti anak-anaknya yang pernah kena marah dan pekikan. Semuanya demi menjayakan solat dan puasa mereka.
“Esok ada sorang budak 5 tahun nak training puasa. So esok aku update perjalanan kejut sahur, solat subuh membawak ke berbuka ok. Semoga dipermudahkanNya.
“So esok budak-budak 7 tahun dengan 6 tahun and 3 tahun dah boleh puasa. Senang hidup aku sikit. Just pantau je, sorang je sok kita latih. Upah?
“Tengok perangai dulu, kalau masing-masing tak dengar cakap. Takde lah upah toys ke apa.. ko duk je la main sesama korang.
“Free, tapi kena ingat my house my rules. Once dah masok sini kira anak kami. Marah, rotan standby je kalau tak…” ceritanya lagi yang turut berkongsi di ruangan komen.
Dalam pada itu, cara didikan Ozlynn yang melayani anak-anak lain sudah semestinya mendapat pujian ramai malah para pengikutnya turut sama berseloroh mahu menghantar anak mereka untuk berlatih berpuasa bersama Ozlynn.
Ramai yang turut mengucapkan tahniah atas usaha dan didikan hebat ini.
Baca artikel penuh