Roti canai makanan jalanan terbaik dunia - Portal

Astro Awani
September 30, 2022 11:00 MYT
Roti canai mengatasi makanan jalanan dari negara lain dengan skor 4.9 untuk berada di tempat pertama, menurut kajian Portal Taste Atlas yang dikeluarkan Ahad lalu. - Gambar hiasan
PORTAL Taste Atlas meletakkan roti canai di kedudukan pertama dalam senarai makanan jalanan (street food) terbaik di dunia.
Dalam senarai terbaharu yang dikeluarkan Ahad lalu, roti canai didapati mengatasi makanan jalanan dari negara lain dengan skor 4.9 untuk berada di tempat pertama.
Dalam deskripsinya, portal tersebut menyifatkan roti canai sebagai "roti tradisional Malaysia yang mempunyai tekstur dalaman yang lembut, dan lapisan luar yang rangup".
Hidangan negara Asia mendominasi senarai Top 5 dengan Lumpiang Shanghai (Filipina) di tempat kedua, Karaage (Jepun) di tempat ketiga, Banh Mi (Vietnam) di tempat keempat dan Paratha (India) di tempat kelima.
Portal Taste Atlas memfokuskan pada kajian terhadap makanan setempat, tradisional dan asli untuk pengembara, berbeza dengan portal lain seperti Michelin Guide, yang memfokuskan pada makanan kegemaran atau pilihan pelancong.
#roti canai #makanan jalanan #Malaysia #Asia
;