Ronaldo si budiman pilih kanak-kanak pelarian Syria iringinya masuk padang

Madiha Abdullah
September 20, 2015 18:23 MYT
Tepukan gemuruh penonton bergema sebaik sahaja Ronaldo melangkah masuk ke padang bersama Zaid.
Rasanya semua sudah sedia maklum dengan sifat prihatin dan budiman yang dimiliki bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo.
Dan bintang Real Madrid itu sekali lagi membuktikannya apabila memilih kanak-kanak pelarian Syria, Zaid Mohsen untuk mengiringinya memasuki padang dalam perlawanan menentang Granada pada Sabtu.
Tepukan gemuruh penonton bergema sebaik sahaja Ronaldo melangkah masuk ke padang bersama Zaid.

@Cristiano LiTTLe ThiNgS LiKe ThiS HaVe A HuGe ImPaCt #respect #ronaldo #realmadrid #worldsbest #syria #refugees pic.twitter.com/tBxJIQqMJk

— IBBY SADIQ (@IBBYZ) September 19, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

I don like #RealMadrid or #Ronaldo but the joy in the Syrian kid made me cry #Refugees #Syria thank you Real Madrid pic.twitter.com/48k2mrap0V

— Al Taher Al Jamal (@tahoooooor) September 19, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Cristiano Ronaldo came out for the Granada game with Syrian refugee Zaid Mohsen as his mascot http://t.co/9u2Pmhmn4c pic.twitter.com/0W7qkiNwdI

— 101 Great Goals (@101greatgoals) September 19, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#Zaid with @Cristiano :) He is the son of Mohsen the #Syrian refugee who was tripped by a camerawoman .@realmadriden pic.twitter.com/hKLM35xDOo

— Sheraz Khan Rajput (@trulysheraz) September 19, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

8-yr old Zaid Abdul Mohsen with @Cristiano pic.twitter.com/W9SNClzTCm

— Zouhair (@ZouM__) September 19, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Zaid menjadi perhatian masyarakat dunia minggu lalu apabila kisah dia dan bapanya dibentes oleh seorang jurukamera menjadi viral di laman sosial.
Zaid dan bapanya ketika itu sedang melarikan diri daripada pihak polis sewaktu cuba memasuki sempadan Hungary.
Sokongan terhadap pelarian Syria bukan sahaja dipamerkan oleh Ronaldo tetapi juga pasukan Real Madrid sendiri apabila kesemua pemain memasuki padang dengan memakai t-shirt yang menyatakan sokongan terhadap pelarian Syria yang terpaksa melarikan diri ke Eropah akibat pergolakan di negara mereka.
Bapa Zaid, Osama, baharu sahaja menerima tawaran untuk menjadi jurulatih sebuah akademi bola sepak di Sepanyol. Osama sebelum ini merupakan jurulatih sebuah pasukan bola sepak di Syria.
#bola sepak #Cristiano Ronaldo #pelarian syria #Real Madrid
;