Ronaldo pilih nama Alana Martina untuk anak keempatnya
Madiha Abdullah
Oktober 30, 2017 19:30 MYT
Oktober 30, 2017 19:30 MYT
PEMAIN bola sepak terbaik dunia, Cristiano Ronaldo, mengesahkan telah memilih nama Alana Martina untuk anak keempatnya.
Bayi perempuan itu dijangka lahir pertengahan bulan November ini.
Hal itu didedahkan Ronaldo dalam satu video live streaming di akaun Instagramnya pada Sabtu. Video berkenaan bagaimanapun sudah tidak dapat diakses kerana video live di Instagram hanya bertahan selama 24 jam.
"Nama Alana pilihan saya manakala Martina pilihan Gio," kata Ronaldo, merujuk kepada teman wanitanya, Georgina Rodriguez, yang turut serta dalam sesi live itu.
Alana merupakan anak pertama Ronaldo bersama Georgina.
Ronaldo telah memiliki tiga orang anak, Cristiano Ronaldo Jr, 7, dan pasangan kembar, Eva dan Mateo, yang dilahirkan melalui kaedah ibu tumpang.