Ronaldo bakal timang anak keempat

Madiha Abdullah
Julai 19, 2017 20:00 MYT
Ronaldo memberitahu media antarabangsa dia sangat teruja untuk bergelar bapa sekali lagi.
BINTANG bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa kekasihnya, Georgina Rodriguez, 23, kini sedang hamil.
Ketika menjawab pertanyaan wartawan dari akhbar El Mundo, sama ada dia teruja untuk menimang cahaya mata lagi, Ronaldo membuat kenyataan berikut:
"Ya, saya sangat teruja," katanya.
Kapten Portugal itu juga sempat berkongsi kebahagiaannya selepas menimang anak kembar bulan lalu.
"Mereka sangat comel dan sangat sangat bahagia.
"Saya tidak pandai menukar lampin, tetapi saya akan terus mencuba," ujarnya.
Peminat mula membuat spekulasi kehamilan Rodriguez selepas model itu dilihat dalam sekeping gambar yang dikongsi Ronaldo di Instagram pada 12 Julai lalu.
Pemain terbaik dunia empat kali itu sudah mempunyai seorang anak lelaki, Cristiano Ronaldo Jr., 7, dan dua orang anak kembar, Mateo dan Eva, yang dilahirkan menerusi kaedah ibu tumpang, Jun lalu.
#anak #bola sepak #Cristiano Ronaldo
;