Romantika di Jeju: 4 lokasi popular dalam K-Drama

Madiha Abdullah
September 2, 2019 09:00 MYT
Keindahan Pulau Jeju membuatkan ia kerap menjadi lokasi penggambaran drama Korea. - Twitter@jintentional
PULAU Jeju, terkenal dengan jolokan 'ibu kota bulan madu' terkenal kerana pemandangan laut yang luas dan kaya dengan keindahan alam.
Tidak hairanlah pulau ini sering muncul dalam banyak K-drama.
Berikut beberapa lokasi penggambaran K-drama yang menarik untuk anda dilawati di Jeju.
Gunung Hallasan
Puncak gunung berapi Gunung Hallasan merupakan salah satu tarikan geografi Jeju yang paling popular.
Jalan di sekitar taman ini jauhnya antara 1.5 hingga 9 kilometer (km) panjang, dan mendaki ke puncak kawahnya merupakan aktiviti popular bagi pengunjung yang berkunjung ke pulau itu.
Hallasan ialah gunung tertinggi di Korea Selatan, dan puncaknya dapat dilihat menjadi latar belakang banyak drama Korea.
Antara yang paling diingati ialah dalam drama My Lovely Sam Soon.
Seongsan Ilchulbong
Seongsan Ilchulbong, juga dikenali sebagai "Sunrise Peak", ialah tapak Warisan Dunia UNESCO dan salah satu ciri geografi di Pulau Jeju yang paling terkenal.
Ia terletak di sebelah timur Pulau Jeju, dan dikatakan lokasi dengan pemandangan matahari terbit paling cantik di pulau itu.
Seongsan Ilchulbong dibuka sejam sebelum matahari terbit sepanjang tahun.
Antara K-Drama yang menjalani penggambaran di sini ialah My Girl.
Rumah Api Seopjikoji
Rumah Api Seopjikoji terletak di puncak bukit, menghadap lautan.
Ia juga dikenali sebagai "Wishing Lighthouse" kerana penduduk tempatan percaya ia mempunyai 'kuasa' untuk memberikan apa yang dihajati.
Bangunan putih elegan ini dipaparkan dalam beberapa drama, termasuk All In, Boys Over Flowers dan Orange Marmalade.
Jeju Folk Village
Kembali ke era 1890 di Jeju Folk Village.
Lebih daripada 40 ekar tanah dibina bangunan-bangunan dengan reka bentuk era tersebut, termasuk pondok penangkapan ikan, rumah dukun, bangunan pertanian, dan rumah-rumah penduduk.
Pengunjung boleh mengenakan pakaian tradisional (hanbok), mengambil bahagian dalam bengkel-bengkel dan menonton persembahan kebudayaan.
Kampung ini digunakan sebagai lokasi utama dalam drama sejarah antaranya Dae Jang Geum (Jewel in the Palace).

Jika anda berminat untuk mendapatkan pakej percutian menarik, layari etravelfair.com.my. Jangan lupa untuk menyertai peraduan 'Jom Menang Cuti' di Instagram Astro Gempak!
#Astro Gempak #Gunung Hallasan #Instagram #Jeju #Jeju Folk Village #Jom Menang Cuti #Korea Selatan #Pulau Jeju #Rumah Api Seopjikoji #Seongsan Ilchulbong
;