Rohit Khandelwal dari India juara Mr World 2016
Agensi
Julai 20, 2016 18:54 MYT
Julai 20, 2016 18:54 MYT
Rohit Khandelwal dari India berjaya merangkul kejuaraan gelaran Mr World 2016 pada kejohanan dua tahun sekali yang diadakan di Southport, United Kingdom.
Beliau menewaskan pesaing dari Filipina, Sam Ajdani yang gagal mengekalkan prestasi ke separuh akhir kejohanan itu.
Rohit, 26 tahun, menerima anugerah kejuaraan daripada pemenang juara Mr World 2014, Nicklas Pedersen.
Rohit merupakan seorang pelakon dan personaliti televisyen yang berasal dari Hyderabad, Selatan India.
Peserta Puerto Rico Fernando Alvarez berada di tempat kedua manakala tempat ketiga pula dimenangi Aldo Esparza Ramirez dari Mexico.
Sejak ditubuhkan pada tahun 1996, setiap peserta yang bertanding bagi gelaran Mr World perlu melakukan pelbagai aktiviti antaranya sukan dan multimedia.
Pemenang Mr World akan menjelajah ke seluruh dunia bersama pemenang Miss World bagi melakukan aktiviti amal.