Roberto Cavalli kenalkan haruman musim panas
AFP
Mac 15, 2013 10:57 MYT
Mac 15, 2013 10:57 MYT
Sempena musim panas yang bakal menjelang tiba, butik dari Itali Cavalli memperkenalkan haruman baru 'turqoise water',' azure skies' dan 'glamorous night in the Mediterranean'. Elisa Sednaoui dipilih sebagai duta produk yang akan dilancarkan 1 April ini di Sephora.
Diilhamkan oleh Louise Turner yang merupakan tulang belakang kepada wangian Roberto Cavalli Aqua, wangian kali ini mengangkat tema haruman bunga lili, melur dan kasturi.
Botol wangian Mediteranean menggunakan penutup berwarna emas yang dihiasi jaluran kulit haiwan.
Duta produk Elisa Sednaoui muncul sewaktu kempen dengan penuh menggoda apabila mengenakan pakaian bertemakan cetakan haiwan.
Roberto Cavalli Acqua dijual dengan harga €41 untuk 30ml yang dianggarkan dalam RM166.