Revolusi alat timbang dan sukat di Muzium Perak

Bernama
Jun 3, 2016 15:20 MYT
Orang ramai yang mengunjungi Pameran Timbang dan Sukat di Muzium Perak, Taiping, dapat mengetahui sejarah dan evolusi sistem timbang dan sukat yang pernah digunakan di negara ini. dan sukat yang pernah digunakan di negara ini. - Gambar Bernama
Melihat Pameran Alat Timbang, Sukat Tradisional yang dipamerkan di Muzium Perak mengingatkan penulis kepada satu babak dalam filem Ali Baba Bujang Lapok.
"Ya Norsiah, kau pergi ke rumah kanda Kassim Baba, kau pergi pinjam cupaklah."
Itu antara dialog yang dilontarkan oleh Ali Baba lakonan Allahyarham Aziz Sattar dalam filem Ali Baba Bujang Lapok sewaktu meminta isterinya Norsiah meminjam sukat dari rumah abangnya Kasim Baba (lakonan S. Shamsuddin) untuk menyukat wang emas yang diperolehnya dari gua penyamun.
Wang emas dikira dengan cupak? Mungkin agak pelik bagi generasi muda hari ini, tetapi itulah antara peralatan untuk menyukat yang digunakan secara tradisonal suatu masa dahulu.
Pelbagai jenis peralatan timbang dan sukat dalam aktiviti harian mereka, namun ia berubah mengikut peredaran masa.
Inisiatif itu turut dilaksanakan Muzium Perak apabila menjayakan Pameran Alat Timbang dan Sukat yang bermula pada awal Februari lalu sehingga 30 Jun 2016.
#Muzium Perak #Pameran Alat Timbang #Sukat Tradisional
;