Resume terlebih kreatif, majikan ambil lelaki bekerja tanpa temu duga

Nizam Bakeri
Jun 21, 2016 09:05 MYT
Resume Sumukh Mehta direka dan dijilid sebagai majalah lengkap dengan kulit hadapan dan artikel tulisannya sendiri - Foto Facebook/Sumukh Mehta
Apakah jenis resume yang bakal anda hantar untuk mendapat pekerjaan di salah sebuah syarikat penerbitan terkemuka dunia?
Bagi Sumukh Mehta yang memohon pekerjaan dengan majalah gaya hidup lelaki GQ, jawapannya mudah:
20 muka surat resume yang direka bentuk dan dijilid seperti majalah tersebut.
Resume Sumukh lengkap dengan kulit majalah yang menampilkan dirinya sendiri sebagai model.
‘Majalah’ itu turut memuatkan kelayakan akademik dan pengalaman bekerja Sumukh yang disusun seperti rekaan grafik sebuah majalah.
“Saya mengambil masa tiga minggu untuk menyiapkan semua ini, termasuklah sesi fotografi, rekaan grafik, dan penulisan,” ujar Mehta kepada Buzzfeed.
Salinan resume yang dihantar ke ibu pejabat GQ di London, Mumbai, dan New York membuahkan hasil apabila GQ London menawarkan Sumukh peluang latihan amali.
Pengarang GQ Mumbai turut kagum dengan usaha lelaki kelahiran Bangalore itu dan memuat naik kulit resumenya ke akaun Instagram:
#GQ #Kini Trending #resume #Sumukh Mehta
;