Restoran di Brooklyn jual donat bersalut emas RM440 sebiji

Nizam Bakeri
Januari 6, 2016 18:12 MYT
Semua donat yang dipesan oleh pelanggan Manila Social Club hanya akan disediakan sejam sebelum diambil oleh pelanggan untuk memastikan kualiti dan kesegaran. - Foto Instagram
Sebuah restoran di Brooklyn menjadi tumpuan media sosial setelah mengumumkan produk terbaharu mereka iaitu donat keladi bersalut emas, lapor BuzzFeed.
Manila Social Club, restoran bertema selera Filipina milik cef Björn DelaCruz itu dibuka kepada pelanggan pada April tahun lalu.
Donat istimewa ini turut ditabur dengan emping emas 24-karat yang boleh dimakan.
Idea untuk produk mewah ini timbul daripada salah satu menu istimewa restoran tersebut iaitu donat ube, donat ungu yang diperbuat dari keladi.
#donat #Kini Trending #Manila Social Club #New York
;