Rekod baru dunia tercipta, berjalan atas dawai pada ketinggian 600 meter

Agensi
Julai 10, 2021 14:26 MYT
Rakaman video Reuters menunjukkan seorang lelaki tanpa alas kaki bergoyang-goyang, cuba menstabilkan badan ketika cuba melintasi tali antara dua puncak gunung di lembah yang diliputi salji.
Anda takut kepada ketinggian?
Gayat bila berada di tempat tinggi?
Ya, ramai yang begitu tapi tidak buat empat lelaki ini.
Dikenali sebagai ‘tightrope walker’, empat lelaki warga Jerman itu mencipta rekod baru dunia dengan menyeberangi sebuah lembah sepanjang lebih 2.1 kilometer di tanah lapang di Sweden.
Ketinggiannya? 600 meter dan berbekalkan satu tali dawai, mereka merentasi lembah itu dengan beraninya.
Rakaman video Reuters menunjukkan seorang lelaki tanpa alas kaki bergoyang-goyang, cuba menstabilkan badan ketika cuba melintasi dawai antara dua puncak gunung di lembah yang diliputi salji.
"Saya hanya fokus untuk berjalan sangat perlahan, sangat stabil dan sampai ke penghujungnya," kata Quirin Herterich, yang pertama kali melintasi garisan sebelum rakan senegara Lukas Irmler, Ruben Langer dan Friedi Kuehne berjaya mengikuti.
"Ini sukar kerana ia benar-benar terdedah, tingginya 600 meter, berjarak 2,150 meter dan kadang-kadang berangin di sini," kata David Sjostrom, pengurus projek tersebut.
"Tempat ini, Lapporten, bagi saya adalah tempat yang ikonik dan mercu tanda yang sangat indah.
“Ketika saya mula melihat projek yang lebih besar, saya melihat gambar Lapporten dan ketika saya melihatnya, saya tahu saya perlu menyeberanginya,” tambah Sjostrom.

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
#Rekod #Dunia #rentas #tightrope #berani #tinggi #gayat #Sweden #Jerman #Reuters #santai hujung minggu #weekender
;