Reels bakal menjadi pesaing TikTok

Agensi
Julai 20, 2020 21:00 MYT
Instagram mengumumkan mereka sedang bersiap sedia untuk melancarkan ciri perkongsian video berkenaan yang dinamakan Reels.
Instagram bakal melancarkan ciri ala TikTok bagi penggunanya Ogos ini dan percaya ciri tersebut mampu 'menghasilkan TikTok' yang lebih baik.
Instagram pada Jumaat mengumumkan mereka sedang bersiap sedia untuk melancarkan ciri perkongsian video berkenaan yang dinamakan Reels, di Amerika Syarikat dan 50 negara lain.
Kemunculan Reels bakal menjadi pesaing kepada populariti TikTok yang semakin goyah selepas India melarang aplikasi video berkenaan dan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump juga menunjukkan tanda bakal melakukan larangan yang sama.
"Kami selalu melihat kehendak pengguna dan melakukan inovasi setiap hari untuk mencari cara baharu bagi kepuasan mereka.
"Kami yakin dapat memberi pengalaman unik kepada pengguna Instagram sekaligus memenuhi permintaan masyarakat kami," kata jurucakap mereka kepada CNN.
Reels memberi peluang kepada pengguna merakam dan menyunting video 15 saat yang ditetapkan kepada muzik dan audio pilihan, dan memuat naik ke 'Story' mereka.
Tarikh pelancaran rasmi buat masa ini belum diumumkan.
Instagram nampaknya bukan satu-satunya syarikat yang ingin bersaing dengan TikTok.
YouTube juga sedang membangunkan satu ciri dinamakan Shorts, yang akan dilancarkan pada akhir tahun ini.
#Amerika Syarikat #Donald Trump #India #Instagram #media sosial #TikTok #video #YouTube
;