Raya tetap meriah dengan unifi Ramadan Raya

Haikal Raman
Mei 20, 2020 15:07 MYT
Orang ramai boleh bersama-sama menonton Ramadan Raya Virtual Session yang diperkenalkan sejak 12 Mei lalu. - Gambar hiasan/unifi
Raya tetap meriah pada tahun ini dengan adanya portal unifi Ramadan Raya yang membantu melancarkan urusan persiapan orang ramai bagi menyambut dua bulan mulia ini.
Berkonsepkan ‘Ramadan tetap Ramadan dan Raya tetap Raya’, platform sehenti tersebut memberi kegembiraan kepada pengguna meskipun berada di rumah.
Dengan menyediakan jualan secara online bersama pelbagai kategori termasuk fesyen dan aksesori, makanan dan minuman serta kelengkapan rumah, unifi telah memudahkan pengguna dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) ini.
Justeru itu, rakyat Malaysia masih boleh mengimarahkan bulan Ramadan dan menyambut kemeriahan Syawal sama seperti tahun sebelum ini menerusi platform disediakan tersebut.
Ini antara kegembiraan yang ditawarkan kepada pengguna melalui portal unifi Ramadan Raya yang dibangunkan pemacu sambungan dan gaya hidup digital negara, unifi tersebut:
1. Pelbagai kategori perniagaan termasuk fesyen dan aksesori, makanan dan minuman serta kelengkapan raya yang ditawarkan kepada pengguna bagi keperluan persediaan menyambut Ramadan dan kemeriahan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.
2. Bagi usahawan perusahaan kecil dan sederahana (PKS) dan vendor mikro tempatan, anda boleh memasarkan perniagaan menerusi platform yang disediakan secara percuma dengan kaedah promosi lebih berkesan.
3. E-bazaar Ramadan akan menyenaraikan bazaar Ramadan online yang berdekatan anda bagi memudahkan pembelian juadah untuk berbuka puasa.
4. Orang ramai boleh bersama-sama menonton Ramadan Raya Virtual Session yang diperkenalkan sejak 12 Mei lalu dengan mengetengahkan kandungan dan sembang santai berkonsepkan keagamaan, budaya, gaya hidup dan e-dagang oleh selebriti terkenal tanah air.
Justeru itu, meskipun negara dan dunia secara amnya suram dengan krisis pandemik Covid-19 ketika ini, unifi Ramadan Raya yakin dapat mengukirkan senyuman kepada semua dalam menyambut dua bulan suci ini.
Dalam pada itu, memahami keperluan internet ketika musim PKP, unifi melanjutkan promosi unifi mobile postpaid tanpa had pada harga RM59.
Ia membolehkan pengguna menikmati 999 gigabait pas hotspot LTE secara percuma sepanjang PKP berlangsung.
Melaluinya, pengguna boleh berkongsi data internet dengan seisi keluarga menggunakan pelbagai peranti di rumah termasuk tv pintar dan komputer riba.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web di www.unifi.com.my/ramadanraya.
#Aidilfitri #Astro Awani #digital #Malaysia #PKP #PKPB #PKS #puasa #rakyat Malaysia #Ramadan #ramadantetapramadan #rayatetapraya #teknologi #Unifi #unifiramadanraya #usahawan
;