'Ratu pakaian kait' Sonia Rykiel meninggal dunia
Agensi
Ogos 25, 2016 19:45 MYT
Ogos 25, 2016 19:45 MYT
Pereka fesyen Perancis Sonia Rykiel, yang dikenali sebagai 'Ratu Pakaian Kait' meninggal dunia pada Khamis pada usia 86 selepas meghidap Parkinson, kata anak perempuannya kepada AFP.
"Ibu saya meninggal dunia pada jam 5:00 pagi ini di rumahnya di Paris akibat Parkinson," kata Nathalie Rykiel.
Rykiel merupakan pereka fesyen ternama dalam industri ini selama setengah abad, melancarkan jenamanya sendiri pada tahun 1968.
Beliau dikenali dengan pakaian Poor Boy Sweater, dimana pada mulanya mendapat tentangan kerana jahitan besar.
Semua itu berubah pada bulan Disember 1963 apabila majalah Elle memaparkan idola pop Perancis Francois Hardy di kulit hadapannya dengan memakai pakaian rekaan Rykiel.
Susulan itu, selebriti seperti Brigitte Bardot dan Sylvie Vartan dilihat memakai jaket rekaan Rykiel dan Audrey Hepburn membeli lima pasang di kedai.
Rykiel dilahirkan di Paris pada 1930 kepada seorang pembuat jam dari Romania dan ibu dari Rusia.
Pada tahun 1954, beliau berkahwin kepada seorang pemilik kedai pakaian Sam Rykiel dan dikurniakan dua anak namun kemudian bercerai.