Ratu cantik Vietnam terkandas di Top 5 kerana salah jurubahasa?

Syafik Shukri Jalil
Disember 19, 2018 04:28 MYT
Kemaraan Vietnam kali ini bukan sahaja mencipta sejarahnya tersendiri, malah ia dilihat sebagai kuasa baru di Asia dalam arena pertandingan ratu cantik. Sumber Instagram / hhennie.official
AWAL minggu ini, pertandingan ratu cantik paling popular Miss Universe 2018 melabuhkan tirai dengan menyaksikan Catriona Gray dari Filipina dinobat sebagai juara.
Bagaimanapun tular perkongsian yang Miss Universe Vietnam mampu beri saingan sengit untuk merangkul kejuaraan sekiranya tidak berlaku kesilapan oleh jurubahasa ketika sesi soal jawab peringkat Top 5.
Mengikut jawapan sebenar yang dikongsi oleh seorang warga Vietnam di Twitter, beberapa kata kunci utama dalam jawapan H’Hen Nie tidak dirungkai dengan baik oleh jurubahasa tersebut.
Kata kunci itu termasuk kesejahteraan dan kesihatan (well-being/health), penderaan seksual (sexual abuse) dan kebebasan (freedom).
Namun jawapan yang diberikan oleh jurubahasa didakwa tidak menggambarkan intipati sebenar mesej yang cuba disampaikan wanita berketurunan Rade yang merupakan kumpulan etnik minoriti di Vietnam.
Saksikan bebenang yang dikongsi oleh pengguna Twitter dengan nama @aintyourputa ini:
#Bangkok #Catriona Gray #Demi Leigh Nel-Peters #H Hen Nie #Miss Universe 2018 #Miss Universe Vietnam 2018 #rupawan awani #Thailand