Rasai kemeriahan Tahun Harimau di 5 pusat beli-belah di Selangor!

Astro Awani
Januari 31, 2022 20:27 MYT
Sempena sambutan Tahun Baharu Cina kali ini, pusat beli-belah di Selangor membuat tarikan kepada orang ramai untuk menghargai hiasan yang ditampilkan menerusi kempen Pusing Selangor Dulu! - Facebook/Sunway Pyramid
SETIAP kali tiba musim perayaan, pusat beli-belah pastinya akan berlumba-lumba menghiasi ruangan utama dengan pelbagai dekorasi menarik.
Malah, sekiranya anda memasuki mana-mana pusat beli-belah pastinya anda akan merasakan kemeriahan dan kehangatan sambutan perayaan.
Sempena sambutan Tahun Baharu Cina kali ini, pusat beli-belah di Selangor membuat tarikan kepada orang ramai untuk menghargai hiasan yang ditampilkan menerusi kempen Pusing Selangor Dulu!
Berikut adalah lima pusat beli-belah yang wajib anda kunjungi sempena sambutan Tahun Harimau kali ini:
1) 1 Utama Shopping Centre
Masuki tahun harimau dengan menghasilkan cerita anda yang tersendiri berlatarkan “Teochew Town” di Centre Court, Tingkat G, 1 Utama Shopping Centre.
Diinspirasikan oleh senibina dari Guangdong, China, astana bercirikan oriental dengan ketinggian 30 kaki ini pasti akan membangkitkan mood “xin nian” anda. Nikmati saat ini dengan mengabadikan seleksi gambar di sini!
2) Sunway Pyramid
Lion, ikon Sunway Pyramid, menyambut perayaan Tahun Baru Cina tahun ini dengan #100Blessings! Dengan tahun harimau, Lion kembali berpegang kepada nilai kekeluargaan dengan elemen 福 (Fú). Temui Lion sekarang di Sunway Pyramid dan jangan lupa untuk adakan sesi fotografi di sini!
3) Setia City Mall
Langkah masuk ke taman yang serba mempesona; “Garden of Dreams” di Setia City Mall. Terdapat juga menara Pagoda setinggi 8 kaki dikelilingi pohon bunga sakura yang mekar hingga ke kawasan penempatan “harimau”.
Jangan lupa untuk ambil gambar di sini dan sertakan tandapagar #SCMCNY2022 untuk peluang disiarkan di laman media sosial rasmi mereka!
4) Central I-City
Central i-City bersedia untuk “mengaum” dengan pengenalan “The Great Tiger Power” sempena sambutan Tahun Baru Cina 2022.
Dengan dekorasi yang diinspirasikan oleh artis / pelukis ilustrasi dari Thailand, Phannapast – tekan sahaja butang kamera anda! Hadir ke Tingkat G, Central i-City bersama rakan dan keluarga anda sekarang!
5) Mitsui Outlet Park KLIA Sepang
Berkumpul bersama rakan dan keluarga dengan dimeriahkan oleh dekorasi “Blooming Prosperity” di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang sempena Tahun Baru Cina ini!
Dengan deretan outlet jenama mewah menawarkan diskaun yang sangat menarik, apa kata anda singgah dan ‘cuci mata’ semasa kunjungan anda ke sini!
Menurut Tourism Selangor, senarai pusat beli-belah ini tentunya mampu membangkitkan suasana perayaan, namun tetap diingatkan kepada setiap pengunjung untuk mematuhi garis panduan atau SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara.
Pengunjung harus mendaftar masuk ke setiap premis, memastikan penjarakan sosial, menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap dan memakai pelitup muka pada setiap masa di tempat awam.
#pusat beli-belah #Pusing Selangor Dulu #Tahun Baharu Cina #sambutan perayaan
;