Ramadan: Perkongsian tip kesihatan, kecergasan di laman sosial

Madiha Abdullah
Jun 6, 2016 11:48 MYT
Perkongsian tip kecergasan dan kesihatan dapat perhatian netizen.
HARI ini, umat Islam di seluruh negara menyambut 1 Ramadan. Bulan yang penuh kerahmatan ini sememangnya dinantikan kerana ketika inilah umat Islam akan merebut peluang meningkatkan amal ibadat dan mendekatkan diri kepada Allah.
Apapun, turut menjadi perhatian adalah bagaimana Ramadan juga peluang untuk sesetengah daripada kita kembali melihat aturan pemakanan dan diet, sekali gus memperbaiki tahap kesihatan.
Meraikan kemeriahan Ramadan, pengguna laman sosial berkongsi beberapa tip berkaitan kesihatan, melalui medium Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube.
MESTI BACA: Jendela Ramadan 2016
Pakar kecergasan popular, Kevin Zahri, menjawab beberapa persoalan tentang jenis senaman yang sesuai diamalkan sepanjang Ramadan.
Kevin menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan senaman high intensity kerana ia berpotensi membahayakan kesihatan.
Dia turut tidak ketinggalan berkongsi bagaimana mahu mengelak daripada makan berlebihan sewaktu berbuka puasa.
Joanna Soh, jurulatih dan pakar kecergasan wanita, berpendapat Ramadan adalah masa terbaik untuk membantu mereka yang berhasrat untuk menurunkan berat badan.
Menyedari adanya kebarangkalian pertambahan berat badan sepanjang bulan Ramadan, portal berita antarabangsa, Khaleej Times, menyenaraikan 10 perkara yang perlu dilakukan dalam usaha mengelakkan situasi ini.
Turut menerima banyak perkongsian adalah bagaimana umat Islam boleh memastikan pengambilan air yang cukup setiap hari, iaitu lapan gelas.
Aturan pengambilan air itu dilihat sangat praktikal dan mudah, memandangkan pengambilan air adalah penting bagi mereka yang berpuasa.
#kecergasan #kesihatan #puasa #Ramadan 2016
;