Ramadan 2021: Negara mana yang berpuasa paling lama dan singkat tahun ini?

Khairunnisa Kasnoon
April 13, 2021 17:19 MYT
Di negara-negara di mana matahari terbenam dan matahari terbit yang jaraknya kurang dari tiga jam, fatwa telah dinyatakan untuk membolehkan penduduk di negara terlibat mengikuti waktu di bandar-bandar lain.
SETAHUN berlalu, kini Ramadan kembali dan lebih dari satu bilion umat Islam akan mula berpuasa selama sebulan di siang hari.
Bulan suci itu bermula kira-kira dua minggu awal setiap tahun dan, bagi sesetengah negara di dunia, Ramadan tahun ini jatuh pada musim panas dalam waktu yang lebih panjang ada juga akan berpuasa dalam jangka waktu yang pendek.
Bagi umat Islam di Malaysia, jangkaan puasa selama 13 jam akan disambut dengan kebanyakan kawasan dijangka menerima hujan.
Tetapi negara mana yang akan memiliki waktu siang paling banyak dan negara mana yang akan berpuasa terpendek?
Ramadan terpendek pada tahun 2021:
New Zealand, Argentina dan Afrika Selatan masing-masing akan menjalani tempoh puasa terpendek iaitu selama 11 jam 30 minit.
Ramadan terpanjang pada tahun 2021:
Norway, Greenland dan Finland masing-masing akan menjalani tempoh puasa Ramadan terpanjang iaitu selama 20 jam.
Berpuasa di negara yang mengalami tempoh siang lebih panjang
Bagi umat Islam yang mejalani ibadah puasa di negara-negara dengan waktu siang yang sangat panjang selama sebulan Ramadan seperti do Helsinki dan Oslo, mereka tidak dapat berpuasa selama 20 jam.
Jadi, apa yang mereka buat?
Memetik portal The National News, di negara-negara di mana matahari terbenam dan matahari terbit yang jaraknya kurang dari tiga jam, fatwa telah dinyatakan untuk membolehkan penduduk di negara terlibat mengikuti waktu di bandar-bandar lain. Sebagai contoh, ramai yang akan mengikuti waktu puasa di Mekah di Arab Saudi.
Tahun ini, Arab Saudi dan sebahagian besar umat Islam di negara Asia Barat akan berpuasa sekitar 15 jam sehari.
Waktu berpuasa singkat:
Wellington, New Zealand: 11.5 jam
Buenos Aires, Argentina: 11.5 jam
Cape Town, Afrika Selatan: 11.5 jam
Malaysia: 13 jam
Singapore: 13.5 jam
Dakar, Senegal: 14 jam
Bangkok, Thailand: 14 jam
Waktu berpuasa normal:
New Delhi, India: 15 jam
Hong Kong: 15 jam
Muscat, Oman: 15 jam
Riyadh, Arab Saudi: 15 jam
Doha, Qatar: 15 jam
Dubai, UAE: 15 jam
Kaherah, Mesir: 15.5 jam
Baitulmaqdis: 15.5 jam
Kuwait City, Kuwait: 15.5 jam
Tokyo, Jepun: 16 jam
Rabat, Maghribi: 16 jam
Islamabad, Pakistan: 16 jam
Tehran, Iran: 16 jam
Beirut, Lubnan: 16 jam
Washington, DC, US: 16 jam
Madrid, Sepanyol: 16.5 jam
Beijing, China: 16.5 jam
Ankara, Turki: 16.5 jam
Moscow, Rusia: 17 jam
Paris, Perancis: 17 jam
Ottawa, Kanada: 17 jam
Kabul, Afghanistan: 17 jam
Waktu berpuasa terpanjang:
Zurich, Switzerland: 18 jam
Warsaw, Poland: 18.5 jam
London, UK: 18.5 jam
Berlin, Jerman: 19 jam
Oslo, Norway: 20 jam
Helsinki, Finland: 20 jam
Nuuk, Greenland: 20 jam
#Islam #Ramadan #fatwa #Malaysia #IlhamRamadan #BukaLembaranBaharu #ramadan2021
;