Rakyat Malaysia makin banyak habiskan masa dalam kesesakan lalu lintas - Ford
Bernama
Mei 17, 2016 21:12 MYT
Mei 17, 2016 21:12 MYT
Rakyat Malaysia makin banyak menghabiskan masa dalam kesesakan lalu lintas daripada masa setahun lalu, menurut tinjauan atas talian oleh Ford, pembuat kereta global.
Syarikat itu berkata daripada 1,050 responden Malaysia, 55 peratus berkata mereka menghabiskan lebih banyak masa dalam kesesakan lalu lintas.
"Lebih dari satu dari setiap lima orang berkata perjalanan mereka dalam kenderaan merupakan saat yang paling teruk dalam sehari," kata Ford dalam satu kenyataan hari ini.
Syarikat itu berkata pengguna kenderaan harian adalah yang kedua paling berkemungkinan melaporkan peningkatan kos perjalanan mereka dari setahun lalu, 75 peratus hanya di belakang Hong Kong, dengan harga minyak paling kerap disebut sebagai penyebabnya.
Ia menyatakan tinjauan itu di Asia Pasifik dikendalikan oleh GlobalWebIndex bagi pihak Ford Motor Company.
Sejumlah 12,619 pengguna menjalani tinjauan itu merentasi 12 pasaran iaitu Australia, China, Hong Kong, Malaysia, Filipina, Korea Selatan, India, Indonesia, New Zealand, Taiwan, Thailand dan Vietnam.
Tinjauan itu selesai pada Januari.