Satu kajian yang dijalankan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mendapati purata rakyat Malaysia mengambil buah-buahan kurang lapan kali daripada yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Pengerusi FAMA Ishak Ismail pada Jumaat berkata, kajian itu merumuskan seorang rakyat Malaysia, secara purata mengambil lima kilogram (kg) buah-buahan sebulan berbanding 40 kg yang disyorkan WHO.
"Perangkaan terkini yang dikeluarkan WHO tahun lepas menyatakan pengambilan buah-buahan di Malaysia hanya mencecah 63kg seorang setiap tahun berbanding 146kg seorang setahun di lain-lain negara maju," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.
Terdahulu, beliau menyertai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang Dr Afif Bahardin melancarkan promosi pengambilan buah-buahan bersempena Festival Durian Pulau Pinang di tapak expo Seberang Jaya.
Menurut Ishak, Laporan Kesihatan Dunia 2003, WHO juga menyatakan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang rendah antara 10 faktor risiko tertinggi menyebabkan kematian.
Ishak berkata kempen tiga hari itu menyasarkan untuk mendidik serta meningkatkan kesedaran kepentingan pengambilan buah-buahan dalam kalangan pelajar serta pengajar di sekolah dan kolej.
"Kami akan mendidik golongan belia menerusi pertandingan, sastera dan lawatan sambil belajar ke dusun buah-buahan bagi menunjukkan kepentingan buah-buahan dalam gaya hidup kita," kata beliau.
Beliau berkata kempen serupa akan dianjurkan di Perak dari 25 hingga 27 Julai, selain Terengganu antara 5 hingga 7 Ogos.
--BERNAMA
Bernama
Fri Jul 05 2019

Pengambilan buah-buahan di Malaysia hanya mencecah 63kg seorang setiap tahun berbanding 146kg seorang setahun di lain-lain negara maju. - Gambar hiasan
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

7 tip 'pujuk' anak suka makan buah-buahan
Ikuti perkongsian Dr Mazliana Mazlan cara membiasakan anak-anak pilih buah-buahan dan tidak makan makanan yang tak sihat.

Lang Agro Park tawar pengalaman petik sendiri sayur, buah-buahan segar
Ladang berkeluasan 2.4 hektar itu kini mendapat sambutan penduduk sekitar pulau ini untuk mendapatkan sayuran serta buah-buahan segar.

5 cara elak terlebih makan semasa Aidilfitri
Kesihatan yang terjaga selama sebulan berpuasa, tidak wajar digadaikan begitu sahaja.

Berpuasa, tapi tak turun berat badan? Ini antara sebabnya ...
Sudah lebih separuh bulan berpuasa, adakah iltizam anda untuk turunkan berat badan tercapai?

Bayi kepada ibu bapa 'vegetarian' mati kelaparan
Seorang bayi lelaki berusia 18 bulan mati akibat kelaparan selepas ibu bapanya yang merupakan 'vegetarian' tidak memberikannya makanan selain buah-buahan dan sayur-sayuran.

Daging babi dan buaya antara dirampas MAQIS Perak di LTSAS
Pengarah MAQIS Perak berkata, produk-produk itu cuba dibawa masuk oleh penumpang-penumpang walaupun larangan telah dikeluarkan oleh MAQIS.

MARDI hasrat jadikan Johor hab pengeluaran produk klon berkualiti
Antara produk klon berkualiti yang akan dikomersialkan termasuk Rambutan Mutiara Merah dan Mutiara Wangi, Belimbing Bintang Emas dan Durian MDUR 88.

FAMA sasar kurangkan jurang import sayuran dan buah-buahan
Pendekatan tersebut dilihat berkesan dalam usaha untuk menjimatkan pengaliran wang ke luar negara yang meningkat setiap tahun.

Perut buncit? Ini petua gaya hidup sihat pada usia emas
Gaya hidup sihat perlu dimulakan lebih awal memandangkan kadar metabolisme akan mula menurun seawal usia 30-an.

Penuaan Berjaya: Puasa, makan ulam raja boleh panjang umur?
Warga emas yang berjaya dari segi pemakanan disebabkan mereka kerap berpuasa termasuk amalan puasa sunat dan juga mengambil banyak sayur-sayuran, buah-buahan serta ulam-ulaman.