Rahman Brothers Singapura lebih menyerlah

Ian Johan Ariff
Oktober 6, 2013 08:00 MYT
Farris dan Feroze Rahman dari Singapura masing-masing menduduki tempat pertama dan kedua untuk kategori skateboarding pada pusingan ketiga Liga Mini Ramp Adrenalin DC di Johor Bahru.
Mereka mempamerkan aksi yang lebih menyerlah berbanding adik-beradik Rahman tempatan, Arina dan Izzul dari Kajang yang gagal mendapat tempat di podium kali ini.
Tempat ketiga diisi skater dari Shah Alam, Syed Qosimi yang gagal menduduki tiga tempat terbaik pada pusingan kedua di Kuantan bulan lalu.
Ini merupakan kali pertama Farris dan Feroze menyertai saingan liga mini ramp ini selepas terlepas dua aksi pertama di Pulau Pinang dan Kuantan.
Arina merupakan juara di Kuantan gagal melengkapkan kesemua 4 saringan dengan persembahan yang sempurna manakala Izzul tidak berjaya memikat juri kali ini.
Izzul bagaimanapun mengutip mata yang cukup untuk menjadi pendahulu kejuaraan keseluruhan bagi kategori skateboarding selepas pemegang takhta sebelum ini, Azreen Azman tidak menyertai pusingan ketiga.
Pusingan ketiga Liga Mini Ramp Adrenalin DC diteruskan lagi Ahad, 6 Oktober bagi kategori BMX.
#Farris dan Feroze Rahman #Liga Mini Ramp Adrenalin DC
;