Ragam Ramadan Raya: Tip berjimat di bazar Ramadan
Astro Awani
Jun 12, 2016 00:15 MYT
Jun 12, 2016 00:15 MYT
PERNAHKAH anda hanya berniat untuk membeli juadah berbuka puasa dalam jumlah yang sedikit di bazar Ramadan, namun akhirnya, setiap jari tangan anda penuh dengan tangkai beg plastik berisi pelbagai jenis makanan?
Mungkin itu yang sering berlaku pada diri kita semua. Apabila nafsu mata dan godaan selera mengatasi kewajaran dalam pembelian, kita sering tewas dengan kehendak yang membawa kepada pembaziran.
Dalam sketsa khas Ragam Ramadan Raya yang dijayakan oleh wartawan Astro AWANI, Hilal Azmi, Izza Izelan dan Israr Khalid ini, kita akan diingatkan tentang beberapa tip mudah untuk menghindari perbelanjaan yang berlebihan setiap kali ke bazar Ramadan.
Antara yang boleh dicuba adalah - tidak perlu membawa wang yang banyak dan juga mengunjungi bazar Ramadan hanya pada waktu sudah hampir berbuka puasa. Kita ikuti video mereka ini.