Qu Puteh taja The Red Warriors: 'Bola sepak tak sama dengan hiburan' - Netizen

Madiha Abdullah
Januari 1, 2016 15:25 MYT
Ramai yang mempertikaikan syarat tersebut dan menyifatkan ia agak keterlaluan.
KECOH jadinya apabila sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan ahli perniagaan, Datuk Seri Vida yang bersetuju menaja pasukan bola sepak Kelantan atau The Red Warriors (TRW).
Apa yang menjadi perbualan adalah dua syarat yang dikenakan Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn.Bhd itu.
Syaratnya ialah stadium rasmi pasukan berkenaan, Stadium Sultan Muhammad IV perlu dicat dengan warna rasmi produk Qu Puteh, iaitu warna merah jambu.
Syarat seterusnya ialah nama pasukan itu perlu diberi penjenamaan semula menjadi Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.
BACA: Selepas Gegar Vaganza, Datuk Seri Vida disaran 'selamatkan' bola sepak Kelantan
BACA: Taja pasukan Kelantan: 'Doakan kami ada jodoh' - Datuk Seri Vida
Ramai yang mempertikaikan syarat tersebut dan menyifatkan ia agak keterlaluan.
Penyokong, terutamanya rakyat Kelantan berpendapat, dua syarat tersebut akan menghilangkan identiti TRW yang dibina dan dibawa selama ini.

Syarat Qu Puteh melampau utk bg tajaan kpd TRW? As expected, dia bukan ada passion bola pun. Mmg nk fully utilize publicity branding dia je.

— z u l f o ® (@thezulfo) January 1, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Panjang benor Pamoga Qu Puteh TRW. Pamoga Warriors udahle. Nak tukar Qu Puteh Warriors takleh pulak pemain pemain semua kulit tan memanis

— schaaa (@Scha_He_Rha) January 1, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

adab berniaga lah mesti dia pun nak jual produk sambil2 taja TRW tapi mungkin nama Pamoga Qu Puteh TRW terlalu over/p>— Rashafizzuddin (@RashaCheRasdi) January 1, 2016

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Qu Puteh sedia nak taja TRW. Tapi stadium kena tukar jadi merah jambu. Matilanakkk.

— Mohd Azry Hairie (@azryhairie) January 1, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Qu Puteh nok taja TRW tapi ado syarat. Kena cat stadium jadi warna merah jambu. Hahahaha! Mano buleh, red is better laa. Brave and furious/p>— (@amlnzh_) January 1, 2016

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Aku rasa pemilik Qu Puteh perlu belajar balik pasal bolsepak.. 1. Stadium SMIV adalah stadium sewa dn bukannya stadium milik kekal TRW

— 5/8/15/19 (@NaqibAhmd11) January 1, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Apatah lagi, kata mereka, TRW sudah sinonim dengan warna merah yang bukan sahaja mewakili warna bendera negeri Pantai Timur itu, tetapi juga melambangkan semangat dan kekuatan pasukan.

KAFA kali ini menang dalam negotiation demi identiti pasukan dan saya rasa ia mewakili hati peminat juga. Tak ada...

Posted by Axello Tacts on
Pun begitu, tidak kurang juga yang tidak kisah dengan syarat-syarat tersebut dan merasakan pengukuhan kewangan adalah aspek paling penting yang perlu diberi perhatian pasukan itu.
Dalam laporan akhbar Berita Harian pada Jumaat, Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman memberitahu, dia tidak keberatan menaja TRW memandangkan dia juga berasal dari negeri itu, namun pengurusan TRW perlu mengikut syarat yang diberikan.
#Datuk Seri Vida #Kelantan #Qu Puteh #The Red Warrior
;