Pusat Perubatan Sunway pelopor pembedahan penggantian sendi robotik negara
Ehsan A Marisah
Julai 17, 2022 10:00 MYT
Julai 17, 2022 10:00 MYT
PETALING JAYA: Hospital pintar terkemuka negara, Pusat Perubatan Sunway terus menerajui sektor perubatan apabila menjadi hospital pertama berjaya melakukan pembedahan penggantian sendi dengan bantuan robot.
Ia menggunakan dua sistem robotik termaju, iaitu Mako SmartRobotics dan ROSA Knee System yang menyediakan model tiga dimensi (3D) hasil imbasan CT yang dibuat khusus ke atas pesakit bagi menggantikan pinggul atau lutut.
Perunding Ortopedik dan Pakar Bedah Artroplasti Pusat Perubatan Sunway, Dr Chua Hwa Sen berkata, teknologi itu membolehkan pakar bedah untuk merancang prosedur dengan lebih awal selain memberi pelbagai faedah kepada pesakit.
“Perancangan lebih awal membolehkan setiap pembedahan bagi pesakit sendi dilakukan dengan tepat dan selamat serta memberikan pesakit pengalaman pembedahan tersendiri yang disesuaikan dengan keperluan anatomi mereka.
“Ketepatan ini sekaligus membolehkan pesakit kurang mengalami kesakitan selepas pembedahan dan berupaya untuk pulih dengan lebih cepat termasuk pemberian ubat tahan sakit dan fisioterapi yang berkurangan.
"(Penggantian) sendi yang dimasukkan juga boleh bertahan lebih lama,” katanya ketika ditemui pemberita pada pembentangan Nikmat Bergerak Bebas: Pembedahan Penggantian Sendi Robotik di Pusat Konvensyen Sunway, Pusat Perubatan Sunway, di sini baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Dr Chua menambah, mobiliti dan keupayaan seseorang itu untuk menjalani kehidupan seharian dengan bebas juga mampu dicapai di samping meningkatkan kualiti hidup.
Sementara itu, Perunding Pakar Bedah Ortopedik, Artroplasti dan Trauma Pusat Perubatan Sunway, Dr Suhail Suresh Abdullah berkata, teknologi pintar dan adaptif itu turut membolehkan ketepatan dan penjajaran tinggi diperoleh dengan mudah berbanding prosedur konvensional.
“Apabila menggunakan kaedah robotik ini, kita (pakar bedah) tidak perlu membuka atau memotong terlalu banyak tisu. Oleh itu, ini membolehkan pembedahan dijalankan dengan cepat dan pantas.
“Selain itu, kaedah ini juga memberikan pakar bedah mendapatkan penjajaran dalam pembedahan dengan betul dan lebih senang.
“Kejituaan pembedahan ini juga akan mengurangkan pelbagai kos kepada pesakit melibatkan jumlah hari pesakit dimasukkan ke hospital dan melakukan pembedahan ulangan,” ujarnya.
Ia jelas membuktikan bahawa pembedahan dengan bantuan robot yang dipelopor Pusat Perubatan Sunway adalah lebih selamat, cekap, kurang menyakitkan dan memberikan hasil lebih baik selepas pembedahan.
Untuk maklumat lanjut mengenai teknologi ini, boleh melayari www.sunwaymedicalcentre.com.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar.