Profil haiwan di aplikasi Tinder sasar golongan kesepian

Agensi
Ogos 14, 2021 09:17 MYT
Sebuah tempat perlindungan haiwan di Jerman sedang mencuba pendekatan baharu untuk mencari tempat tinggal bagi haiwan peliharaan yang ditinggalkan. -Gambar hiasan
SEBUAH tempat perlindungan haiwan di Jerman sedang mencuba pendekatan baharu untuk mencari tempat tinggal bagi haiwan peliharaan yang ditinggalkan.
Mereka meletakkan profil haiwan di aplikasi Tinder dengan harapan manusia yang kesepian dan sedang mencari cinta juga boleh mempertimbang untuk mengambil haiwan peliharaan.
Persatuan Kesejahteraan Haiwan Munich mengambil agensi pengiklanan untuk mengambil gambar profesional 15 haiwan untuk dimasukkan ke dalam Tinder.
Jilian Moss dari tempat perlindungan haiwan itu berkata, beberapa individu telah mengatur tarikh janji temu mereka yang pertama bersama haiwan-haiwan tersebut.
"Respons terhadap perkara ini sangat menggalakkan," katanya.
Setelah sekatan pergerakan akibat koronavirus terdapat peningkatan terhadap pemilikan haiwan kesayangan.
Pakar kesejahteraan haiwan telah memberi amaran kemungkinan besar banyak haiwan ditinggalkan apabila pandemik beransur pulih.
Individu yang mengaturkan janji temu haiwan tersebut di Tinder, Benjamin Beillke berkata, pihaknya berharap haiwan-haiwan tersebut benar-benar dapat mencari pemilik baharu.
"Bukan hanya manusia yang kesepian, tetapi ada juga banyak jiwa yang kesepian dalam kalangan haiwan," ujarnya.

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
#Jerman #koronavirus #pandemik #tempat perlindungan haiwan #haiwan peliharaan #aplikasi tinder #Persatuan Kesejahteraan Haiwan Munich #Jilian Moss
;